Vitamin C Terbaik Untuk Seluruh Keluarga Anda

Vitamin C Terbaik

Vitamin C merujuk kepada antioksidan yang mudah ditemui dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia adalah unsur yang amat mudah teroksida apabila didedahkan kepada haba yang tinggi atau dimasak. Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai vitamin C adalah seperti bayam, brokoli, jambu batu, oren dan nanas. 

Kesan Kekurangan dan Berlebihan Vitamin C Kepada Tubuh Badan

Vitamin C merupakan satu bentuk protein yang menjadi salah satu unsur dalam struktur salur darah, otot, rawan dan tulang. Ia juga penting dalam pembentukan kolagen. Kekurangan vitamin C iaitu kurang daripada 10mg sehari selama beberapa minggu akan memberi kesan negatif terhadap tubuh badan.

Situasi fisiologi badan akan memburuk di mana kolagen dalam badan tidak boleh diganti. Ini akan menyebabkan banyak tisu dalam badan menjadi rosak dan membawa kepada berlakunya penyakit skurvi (luka lambat sembuh, gusi berdarah, bengkak dan kemerahan serta mengakibatkan kehilangan gigi).

Akan tetapi, pengambilan vitamin C yang berlebihan iaitu melebihi 2000mg sehari juga akan memudaratkan tubuh badan anda. Pengambilan melebihi dos bagi satu tempoh yang lama akan menyebabkan anda mengalami cirit-birit yang serius. Ia juga penyebab kepada pembentukan batu karang dalam buah pinggan dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi buah pinggang.

Berdasarkan situasi tersebut, amat penting bagi anda untuk mengetahui dos harian vitamin C terbaik yang diperlukan oleh tubuh badan anda.

Pelbagai jenama vitamin C boleh didapati di pasaran. Setiap vitamin C yang dipasarkan mempunyai unsur–unsur aktif tertentu bagi disesuaikan dengan kehendak kesihatan tubuh badan anda. Berikut disenaraikan lima vitamin C terbaik yang boleh didapati di platform jual beli dalam talian terkenal seperti Lazada dan Shopee.

5 Vitamin C Terbaik di Lazada dan Shopee

Reviu Vitamin C Terbaik

PILIHAN #1 TEAM POPKEJU

Blackmores Bio C 1000

Blackmores Bio C 1000

Rating Kami

Formulasi harian yang baik untuk peningkatan vitamin C dalam badan bagi mengurangkan rasa sakit dan tempoh gejala bagi demam dan selesema biasa. Ia juga amat lembut pada perut anda.

Keperluan Kepada Vitamin C

Tahukah anda, terdapat lebih 200 virus yang boleh menyebabkan selesema. Jadi selesema amat susah untuk dielakkan. Secara purata, orang dewasa boleh mengalami selesema dua hingga empat kali dalam setahun. Sistem imun tubuh adalah mekanisme pertahanan semula jadi tubuh anda terhadap kuman. Gaya hidup sihat adalah cara terbaik untuk menyokong sistem imun anda.

Vitamin C membantu mengurangkan gejala demam dan selesema biasa kerana keupayaannya untuk menyokong fungsi imun yang sihat. Ia adalah antioksida yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas yang terbentuk di dalam badan.

Kandungan Aktif

Ia diformulasikan bersama dengan askorbat mineral menjadikannya lembut di perut berbanding dengan hanya asid askorbik. Ia juga mengandungi rosehip dan acerola yang merupakan sumber vitamin C. Ekstrak citrus bioflavonoids pula membantu meningkatkan serapan dan penggunaan vitamin C. Untuk kegunaan setiap hari, Blackmores Bio C 1000 tidak mengandungi bahan pengawet tambahan, perisa tiruan dan pemanis.

Kelebihan Produk Ini

  • Lembut pada perut, sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik dan pedih ulu hati
  • Dapat meningkatkan imun badan, mengurangkan risiko demam dan selesema.
  • Juga boleh dikunyah

Kekurangan Produk Ini

  • Walaupun ia boleh dikunyah bagi anda yang mengalami masalah untuk menelan, namun, rasanya agak tidak menyenangkan memandangkan ia tidak mempunyai sebarang perisa tambahan.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Blackmores adalah jenama yang terkenal di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Rangkaian produknya yang pelbagai dilihat sentiasa teliti, bermula dari proses kajian dan pembangunan (R&D) sehinggalah ke proses pengeluaran. Bagi vitamin C terbaik ini yang amat lembut pada perut, ia dilihat melengkapkan lagi rangkaian produk makanan tambahannya dengan pelbagai fungsi mengikut keperluan pengguna.

PILIHAN #2 TEAM POPKEJU

ChildLife Essentials Liquid Vitamin C

ChildLife Essentials Liquid Vitamin C

Rating Kami

“Rasanya pasti menjadikan anak anda bertanya tentangnya setiap hari”. Kata-kata yang digunakan bagi menggambarkan tarikan vitamin C dengan perisa oren ini, terhadap anak-anak anda yang tidak gemar untuk makan ubat.  Ia bertindak untuk mengekalkan sistem imun yang sihat, antioksida, kulit yang sihat dan membantu mengurangkan keletihan.

Kanak-kanak kini sentiasa terdedah kepada lebih banyak toksik berbanding generasi terdahulu. Bagi mengelakkan daripada pencemaran ini, badan anak anda akan menggunakan dan memerlukan lebih banyak unsur antioksida terutamanya daripada pemakanan harian dan amalan makan makanan tambahan. Jadi, amalkan setiap hari  bagi meningkatkan sokongan imun dan perlindungan daripada persekitaran.

Bebas daripada Unsur Alahan

Sesuai bagi kanak-kanak berumur enam bulan hingga 12 tahun. Produk ini adalah bebas daripada unsur-unsur yang seringkali menyebabkan alahan dikalangan kanak-kanak seperti, glutan, kasein, alkohol, susu, telur, kacang soya, gandum, yis dan jagung. Selain itu ia juga tanpa pewarna, perasa atau pemanis tiruan.

Kandungan Aktif

Selain mempunyai kandungan asid askorbik, ia juga mengandungi air, fruktosa, gliserin, kalium bikarbonat, kalium sorbat, xanthan dan perasa semula jadi.

Kelebihan Produk Ini

  • Boleh dimakan terus atau dicampur dalam minuman ataupun bijirin sarapan


Kekurangan Produk Ini

  • Mempunyai unsur fruktosa yang boleh membawa kepada pelbagai risiko penyakit seperti diabetes dan obesiti terhadap kanak-kanak

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Bagi anda yang mempunyai anak-anak yang cerewet makan dan susah untuk makan ubat, vitamin C terbaik ini adalah pilihan yang paling tepat bagi mereka.

PILIHAN #3 TEAM POPKEJU

Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus

Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus

Rating Kami

Merupakan vitamin C semula jadi yang dihasilkan daripada jagung. Ia adalah vitamin semula jadi yang tidak akan meninggalkan sebarang kesan negatif terhadap tubuh badan seperti mana vitamin C sintetik bagi penggunaan jangka panjang.

Fungsi sustained release bagi vitamin ini bermaksud, ia membebaskan 500mg vitamin C secara berperingkat selama lima  jam bagi mengoptimumkan penggunaan vitamin C oleh badan dan mengelakkan pembaziran. Ini bermaksud ia akan membebaskan 100mg vitamin C dalam masa satu jam selama lima jam.

Terbaik dari Vitamin C Shaklee

Ia mengandungi 120 mg bioflavanoid yang membantu meningkatkan penyerapan fungsi vitamin C dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat menentang jangkitan bakteria serta radikal bebas. Setiap tablet adalah bersamaan 7.5 biji buah oren dengan kulit.

Ujian Secara klinikal mendapati setiap pengambilan 2 tablet sekali dalam masa lima jam mampu berada kekal selama 24 jam di dalam plasma darah. Ia juga tiada pewarna dan perasa tiruan serta bahan pengawet.

Kelebihan Produk Ini

  • Membantu meredakan kesan resdung seperti hidung gatal dan rasa tersumbat
  • Sesuai bagi anda yang mempunyai sistem penghadaman yang sensitif

Kekurangan Produk Ini

  • Mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap jagung disebabkan ia dihasilkan secara semula jadi daripada bijirin jagung

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Dihasilkan secara semula jadi daripada jagung dan menggunakan teknologi sustained release menjadikan produk ini adalah produk terbaik bagi memelihara kesihatan tubuh badan anda. Selain itu, ia juga tanpa pewarna, pemanis atau bahan pengawet. Ia juga tidak akan meninggalkan sebarang kesan sampingan dalam badan walaupun selepas lama diamalkan.

PILIHAN #4 TEAM POPKEJU

Redoxon Double Action Effervescent

Redoxon Double Action Effervescent

Rating Kami

Diformulasi dengan 1000mg vitamin C dan 10mg zink. Ia digunakan untuk menambah keperluan vitamin C dan zink dalam badan. Vitamin C dan zink memainkan peranan penting dalam pelbagai proses metabolik dalam badan anda.

Sebagai contoh, vitamin C penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta mengawal kesihatan keseluruhan tubuh badan. Zink juga mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Vitamin C bersama zink bertindak sebagai pelengkap untuk menyokong sistem pertahanan semula jadi tubuh badan.

Fungsi yang Dipertingkatkan

Formulasi yang dipertingkatkan dengan penambahan unsur zink dapat membantu meningkatkan proses penjanaan tenaga otot dan merangsang fungsi otot, sel dan tulang. Selain meningkatkan fungsi imun ia juga dapat menggantikan vitamin yang telah lemah dan tidak aktif dalam badan.

Vitamin untuk Keluarga

Berpengalaman selama 70 tahun Redoxon Double Action Effervescent telah dipasarkan diseluruh dunia. Ia jenama yang boleh anda percayai bagi kegunaan seisi keluarga anda.

Bagi pengguna dewasa anda perlukan sebiji tablet sehari. Bagi kanak-kanak berumur diantara 6 hingga 12 tahun, separuh tablet diperlukan ataupun bergantung pada nasihat doktor anda. Larutkan ke dalam air dan anda terus boleh menikmati segelas minuman yang sihat dan menyegarkan. Disarankan untuk minum pada waktu pagi atau pada waktu makan tengah hari.

Kandungan Aktif

Kandungannya terdiri daripada 1000mg vitamin C (asid askorbik) dan 10mg zink serta bahan-bahan aktif lain seperti beta karotena sebagai pewarna, natrium hidrogen karbonat, asid sitrik anhydrous, gum arab dan banyak lagi. Terdapat dalam aroma limau mandarin

Kelebihan Produk Ini

  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah untuk menelan memandangkan ia perlu dilarutkan ke dalam air sebelum diminum

Kekurangan Produk Ini

  • Tidak digalakkan bagi anda yang mempunyai phenylketonuria (PKU) kerana mengandungi aspartam sejenis pemanis tiruan
  • Tidak sesuai bagi mereka yang mengalami penyakit gastrik

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Dengan mempunyai rasa limau Mandarin, ia amat sesuai diminum bagi anak-anak yang tidak gemar pada ubat-ubatan. Dengan ini anda dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan seisi anggota keluarga anda.

PILIHAN #5 TEAM POPKEJU

Flavettes 500mg Orange Sugar Free

Flavettes 500mg Orange Sugar Free

Rating Kami

Merupakan vitamin C tablet kunyah bebas gula bagi dewasa. Ia adalah makanan tambahan harian dengan asid askorbik merupakan salah satu kandungan aktif. Asid askorbik adalah unsur vitamin C yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dan pembaikan tisu dalam badan yang rosak.

Ia mempromosikan kesihatan tulang, gigi dan gusi serta memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Sorbitol Sebagai Pemanis

Ia menggunakan unsur sorbitol sebagai agen pemanis. Sorbitol boleh didapati secara semula jadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Tidak seperti gula, sorbitol memberikan faedah rendah kalori dan tidak memberi kesan sampingan terhadap gigi. Amalkan satu hingga dua tablet sehari atau sebagaimana berdasarkan nasihat doktor. Tablet perlulah dikunyah atau dikemam di dalam mulut.

Kelebihan Produk Ini

  • Sesuai bagi anda yang mempunyai masalah menelan
  • Formula tanpa gula sesuai bagi anda yang mempunyai penyakit kencing manis

Kekurangan Produk Ini

  • Penggunaan dalam jangka masa panjang mungkin akan menyebabkan pemendakan sistin di saluran kencing. Oleh itu, anda perlu minum air yang mencukupi bagi mengelakkan situasi ini daripada berlaku.
  • Lebihan dos asid askorbik pula boleh menyebabkan masalah cirit-birit

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak mengambil makanan tambahan vitamin C, anda disarankan untuk mencuba produk ini. Selain mempunyai rasa limau yang enak, ia juga boleh dikunyah atau hanya dikemam di dalam mulut.

Kesan Vitamin C Yang Optimum

Amalan mengambil vitamin C terbaik dan mengikut sukatan yang dianjurkan oleh doktor akan menguatkan sistem pertahanan tubuh badan anda. Ia juga membantu dalam merendahkan paras kolesterol dalam tubuh badan.

Anda yang mempunyai paras vitamin C yang optimum dalam tubuh badan juga akan merendahkan risiko penyakit gout dengan mengurangkan paras asid urik dalam tubuh badan. Vitamin C juga membantu dalam penyerapan zat besi bagi meningkatkan paras hemoglobin dalam darah serta mencantikkan kulit, kuku dan rambut. 

Tip Memilih Vitamin C Yang Terbaik

Vitamin C terbaik dapat memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh badan anda. Akan tetapi, anda perlu sentiasa berwaspada dalam membuat pemilihan. Ini kerana terdapat vitamin C di pasaran yang bukan hanya tidak memberi sebarang manfaat kepada tubuh badan, malahan ia juga mungkin akan memberi mudarat jika diamalkan. Di bawah, disenaraikan lima tip yang perlu anda ketahui dalam proses memilih vitamin C terbaik.

Elakkan Pembelian Vitamin C yang Mengandungi Kadar Gula Tinggi

Vitamin C dan gula berkongsi jalan yang sama dalam proses penyerapan oleh tubuh badan. Jadi semakin tinggi pengambilan gula, semakin kurang penyerapan vitamin C oleh sel badan. Dalam situasi ini, berkemungkinan vitamin C yang diserap digunakan bagi meneutralkan radikal bebas yang terhasil daripada gula tadi.

Ini menjadikan vitamin C dalam badan anda tetap pada paras yang rendah walaupun telah mengambil vitamin C yang mencukupi melalui diet harian dan makanan tambahan.

Pilih Vitamin C yang Tiada Pemanis Tiruan

Kita mungkin akan terjumpa vitamin C yang dilabel sebagai sugar free tetapi masih terasa manis. Ini adalah disebabkan pemanis sintetik seperti stevia ditambah ke dalam ramuan. Ia lebih selamat berbanding pemanis tiruan seperti aspartam dan juga sakarin.

Pemanis tiruan ini boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti kanser, gangguan metabolik seperti kencing manis dan obesiti. Pemanis tiruan juga boleh membawa kepada komplikasi negatif untuk anda yang menghadapi masalah phenylketonuria. 

Pemanis sukralosa pula dikaitkan dengan gangguan usus dan berisiko mengakibatkan masalah pencernaan contohnya sakit perut, kembung dan loya.

Pastikan Vitamin C Tiada Aditif yang Melampau

Bahan pengawet tambahan, pewarna dan perisa mungkin akan memberi reaksi negatif terutama kepada anda yang sensitif terhadap bahan tersebut.

Elakkan vitamin C yang mempunyai aditif benzoate. Ini kerana berdasarkan kajian terbukti benzoate berpotensi menghasilkan benzene; bahan yang menyebabkan kanser. Kajian juga mendapati benzoate dan vitamin C dikatakan mampu menyebabkan gangguan terhadap sistem pembiakan lelaki.

Elakkan Makan vitamin C yang Bertukar Warna

Vitamin C yang telah tamat tempoh atau lama terdedah akan menyebabkan ia teroksida dan bertukar warna keperang-perangan. Dalam situasi ini anda mungkin terdedah kepada keracunan. Tablet tersebut mungkin sudah tidak mempunyai unsur vitamin C lagi akibat telah teroksida.

Pilih Vitamin C yang Bersesuaian

Antara bentuk vitamin C di pasaran ialah garam askorbat, vitamin C semula jadi dan asid askorbik. Garam askorbat mempunyai mineral yang bersambung ion vitamin C. Sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah disebabkan oleh rantaian ini. Asid askorbik dan vitamin C semulajadi juga mempunyai kelebihan serta kekurangan tersendiri. Apa yang penting, anda perlu mendapatkan nasihat doktor bagi memilih bentuk vitamin C yang bersesuaian untuk diri anda.

Jenis-Jenis Vitamin C Di Pasaran

1. Effervescent (Larut Dalam Air)

Berbentuk tablet dan dilarutkan ke dalam air. Selalunya ia mempunyai pelbagai rasa bagi memudahkan ia diminum.

2. Sugar Free atau Tanpa Gula

Bagi anda yang menghidap kencing manis

3. Sustain Released (Melarut Pelahan-lahan)

Sejenis vitamin C yang khasiatnya tidak diserap secara terus sejurus selepas masuk ke saluran penghadaman tetapi diserap perlahan-lahan oleh tubuh dalam satu tempoh masa yang lebih lama.

4. Non-acidic atau tidak berasid

Amat sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah gastrik serta pedih ulu hati

5. Hisap/Kunyah

Selalunya dikhususkan kepada kanak-kanak dengan dos yang lebih rendah serta mempunyai perisa bagi menarik perhatian kanak-kanak

6. Vitamin C dengan Campuran Nutrien lain

  • Vitamin C + Gluthaione: Membantu dalam mencantikkan serta mencerahkan kulit. Ia juga bertindak memperlahankan proses penuaan.
  • Vitamin C + Zink: Memberi rangsangan kepada sistem imunisasi tubuh serta mencantikkan rambut, kulit dan kuku. 
  • Vitamin C + Kalsium: Menolong meningkatkan serapan kalsium dalam tubuh badan serta menguatkan tulang.
  • Vitamin C + Lysine: Membantu meningkatkan selera makan. 

Kesimpulannya

Kesimpulannya, pengambilan Vitamin C tambahan bagi tubuh badan amat penting memandangkan kurangnya pengambilan vitamin C dalam pemakanan harian. Vitamin C juga mudah teroksida dan terkumuh daripada tubuh badan. Akan tetapi ia amat diperlukan oleh tubuh badan terutamanya dalam pembinaan kolagen bagi membaiki tisu-tisu badan yang telah rosak.

Kurangnya vitamin C boleh mendatangkan keburukan. Lebihan vitamin C juga akan membahayakan kesihatan tubuh badan anda. Pengambilan vitamin C dalam bentuk makanan tambahan yang tidak bersesuaian juga boleh memudaratkan tubuh. Misalnya vitamin C asid askorbik tidak sesuai bagi mereka yang menghidapi penyakit gastrik.

Oleh itu pemilihan vitamin C terbaik dalam bentuk makanan tambahan perlulah diambil berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang mencukupi. Minta bantuan pihak yang lebih arif seperti doktor, pakar pemakanan dan ahli farmasi dalam membuat pemilihan. Perlu diingatkan makanan tambahan vitamin C adalah tambahan kepada pengambilan makanan harian. Jadi sila makan secara bijak dan mengikut gizi harian yang seimbang.

Kami harap artikel ini dapat membantu anda memilih vitamin C terbaik untuk diri anda dan keluarga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top