Syampu Kucing Terbaik Untuk Menjaga Bulu Kucing Anda

Tiada apa yang lebih menggembirakan pemilik si bulu jika dapat memeluk dan menggomol si bulu sepuas-puas hati. Tapi sakit hati bila bau si comel kita boleh tahan kepamnya. Bulu si comel pula kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Mencari syampu kucing yang sesuai bukannya kerja mudah. Ada di antara si bulu mempunyai alahan terhadap pewangi yang digunakan. Ada juga syampu yang kurang sesuai menyebabkan kulit si bulu menjadi kering dan bulunya pula gugur dengan banyak. Ada juga syampu yang mengandungi bahan kimia yang memberikan mudarat pada si bulu.

Di sini kami memudahkan pencarian anda dengan membuat ulasan bagi 5 produk syampu kucing terbaik yang boleh didapati di pasaran berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Harap-harap ulasan kami dapat membantu anda membuat keputusan memilih syampu mana yang paling sesuai untuk digunakan kepada si bulu anda.

Semua produk yang kami cadangkan ini boleh dijumpai di laman web atas talian seperti Shopee dan Lazada. Jadi jangan risau jika anda tidak  dapat mencari produk tersebut kedai haiwan peliharaan ataupun di pasar raya. Anda boleh sahaja membeli belah produk berkenaan terus dari atas talian. Pilihlah mana-mana yang menepati kehendak dan bajet anda.

5 Syampu Kucing Terbaik di Lazada dan Shoppee

Reviu Syampu Kucing Terbaik

PILIHAN #1 TEAM POPKEJU

Earthbath Hypo-Allergenic Totally Natural Pet Shampoo

Earthbath Hypo-Allergenic Totally Natural Pet Shampoo

Rating Kami

Syampu ini merupakan sebuah produk keluaran Earthbath yang paling mendapat sambutan. Ianya sesuai digunakan untuk si bulu yang sudah berusia lebih daripada 6 minggu. Dari namanya, dah boleh diagak yang syampu ini dirumus khusus untuk si bulu yang mempunyai alahan. Tetapi ianya juga boleh digunakan pada si bulu yang tiada apa-apa alahan.

Baunya lembut dan jadi si bulu yang tidak tahan bau kuat ataupun mempunyai masalah pernafasan atau alergi pasti akan berasa selesa dan tidak meronta-ronta sewaktu dimandikan. Umum tahu yang proses memandikan si bulu bukan kerja mudah.

Kandungan syampu ini terdiri daripada air terawat dan bahan-bahan semula jadi berasaskan kelapa, daun lidah buaya, gam xanthan dan minyak zaitun yang terbukti berkesan pada penjagaan kulit dengan mengekalkan kelembapan kulit si bulu.

Kelebihan Produk Ini

  • Merupakan produk syampu kucing yang sangat popular berbanding jenama lain.
  • Bebas daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi dan alahan.
  • Tidak mempunyai bau wangian yang kuat, jadi amat sesuai untuk si bulu yang tidak tahan bau yang kuat atau mempunyai alahan
  • Menenangkan dan memberi keselesaan untuk si bulu anda, terutamanya yang tidak suka dimandikan.
  • Formula syampu ini tidak memedihkan mata si bulu.
  • Jika si bulu anda sedang dalam rawatan kutu, produk ini tidak akan mengganggu rawatan tersebut.

Kekurangan Produk Ini

  • Walaupun ianya amat popular, tetapi ada terdapat ulasan yang mengatakan, jika si bulu anda mengalami masalah kegatalan kulit, ianya tidak banyak membantu mengurangkan kegatalan tersebut.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Syampu kucing ini sering mendapat ulasan yang positif. Ramai pengguna yang berpuas hati dan mengesyorkan produk ini kepada yang lain. Ianya sesuai untuk si bulu yang mempunyai masalah kulit kerana ianya tidak mempunyai kimia berbahaya, tiada paraben dan tidak menggunakan pewarna atau pewangi tiruan. Bulu kucing anda akan menjadi lebih bermaya dan berkilat, kulit pula kekal lembap dan sihat.

PILIHAN #2 TEAM POPKEJU

Burt's Bees for Cats Natural Waterless Shampoo

Burt's Bees for Cats Natural Waterless Shampoo

Rating Kami

Bila sampai waktu mandi, si bulu yang lemah lembut pun boleh bertukar garang seperti singa. Pada yang bermasalah memandikan si bulu masing-masing. Produk ini merupakan alternatif yang boleh anda cuba.

Syampu tanpa air ini sangat mudah digunakan. Anda cuma perlu semburkan pada beberapa bahagian anggota badan si bulu anda dan berus lembut bulu si comel anda sehingga syampu tersebut rata meliputi semua permukaan bulu. Jika anda mahu lebih mudah lagi, anda boleh sahaja terus lap si bulu dengan tuala.

Syampu ini mempunyai wangian epal dan madu yang menenangkan si bulu dan juga tuan si bulu. Ianya bebas dari sulfat dan pewarna. Produk ini mendakwa kandungannya adalah 99.7% menggunakan bahan semula jadi. PHnya juga seimbang. Madu yang digunakan juga membantu memberikan bulu yang bersinar pada kucing. Selain madu terdapat juga bahan dari koko dan buah epal.

Kelebihan Produk Ini

  • Amat sesuai digunakan jika anda tidak mempunyai banyak masa membersihkan si bulu.
  • Anda tidak perlu membilas atau membersihkan si bulu dengan air.
  • Memberikan masa berkualiti untuk anda dan si bulu apabila anda menggosok bulu mereka.
  • Mengandungi epal dan madu yang sangat baik untuk kulit dan bulu si comel.
  • Mempunyai PH yang sesuai dengan kulit si bulu.

Kekurangan Produk Ini

  • Jika tidak disikat atau dilap dengan betul, buku kucing akan menjadi keras dan melekat.
  • Terdapat phenoxyethanol dalam kandungan produk. Bahan kimia ini biasanya digunakan sebagai alternatif kepada parabens, ianya mempunyai risko neorotoksin. Tetapi amaunnya tidak begitu membimbangkan.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Kebanyakan kucing tidak suka dimandikan dan tidak tahan akan wangian. Produk ini dapat menyelesaikan kedua-dua masalah tersebut. Pertama anda tidak lagi perlu berperang dengan si bulu anda setiap kali sesi mandian dan kucing anda juga menyenangi bau epal dan madu yang terdapat dalam produk. Tidaklah kepam sangat bau si bulu anda jadinya.

PILIHAN #3 TEAM POPKEJU

Adams Plus Flea & Tick Shampoo

Adams Plus Flea & Tick Shampoo

Rating Kami

Masalah kutu memang sinonim dengan si bulu. Lagi-lagi si bulu anda jenis suka curi keluar atau kaki merayap. Ada pemilik kucing yang tidak gemarkan idea menggunakan ubat kutu kucing yang mengandungi bahan racun perosak untuk membunuh kutu kerana ubat tersebut boleh menjadi toksin yang berbahaya kepada si bulu, jadi mereka mencari alternatif lain yang lebih selamat.

Syampu kucing ini merupakan jawapan kepada pencarian tersebut. Syampu ini mempunyai bahan aktif yang bernama Precor yang merupakan IGR (Insect Growth Regulator). Fungsi IGR adalah mencegah kutu yang belum matang daripada menjadi dewasa. Ianya membunuh telur dan larva dalam masa 28 hari.

Selain Precor, bahan lain yang terdapat di kandung produk ini termasuk oatmeal, ekstrak kelapa, daun lidah buaya dan Lanolin. Ianya sesuai digunakan terhadap si bulu yang berusia 12 minggu ke atas. Syampu ini boleh digunakan dengan dalam tempoh selang sebulan.

Kelebihan Produk Ini

  • Diformulasikan untuk membantu menghapuskan kutu dewasa, telur kutu, kutu dan kutu secara berkesan.
  • Mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti lidah buaya, lanolin, ekstrak kelapa dan oatmeal yang sesuai untuk si bulu berkulit sensitif.
  • Mempunyai bahan aktif yang membantu membunuh dan mencegah penularan kutu dalam tempoh 28 hari.
  • Boleh digunakan pada kucing yang berumur 12 minggu ke atas.
  • Mempunyai aroma segar yang menyenangkan.

Kekurangan Produk Ini

  • Perlu digunakan dengan berhati-hati, seboleh-boleh gunakan sarung tangan getah sewaktu memandikan kucing.
  • Kesannya tidak serta merta, jadi anda perlu sedikit sabar menunggu.
  • Jika kucing anda dalam rawatan, produk tidak boleh digunakan terus. Perlu tunggu sehingga 48 jam sebelum produk ini boleh digunakan.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Pada yang tidak mahu meletakkan bahan racun perosak pada tubuh si bulu anda, syampu ini merupakan alternatif yang sesuai. Ianya selamat untuk kucing, dan bahan-bahan di dalam syampu ini membantu menyihatkan kulit dan mencantikkan bulu. Si bulu anda juga akan berbau segar.

PILIHAN #4 TEAM POPKEJU

Oster Oatmeal Naturals Hairball Control

Oster Oatmeal Naturals Hairball Control

Rating Kami

Syampu ini merupakan syampu yang dirumus khas untuk mengawal bebola bulu kucing anda. Salah satu tabiat kucing ada gemar menjilat bulu masing-masing. Kadang-kadang sewaktu menjilat, banyak bulu yang ditelan sekali. Walaupun ianya tidak membahayakan tetapi jika terlalu banyak bulu yang ditelan, si bulu akan kerap muntah-muntah untuk mengeluarkan bebola bulu dan mengalami masalah perut meragam.

Kucing domestik dan berbulu panjang kerap mengalami masalah bulu gugur dalam jumlah yang banyak. Jadi syampu ini amat disyorkan untuk digunakan terhadap kucing jenis tersebut. Ianya mempunyai PH yang seimbang dan mampu mengurangkan masalah keguguran bulu. Ia juga menggunakan oatmeal dan daun lidah buaya yang melembapkan kulit dan menenangkan si bulu. Selain itu terdapat juga bahan aktif bernama surfactants yang dapat membersih kotoran pada bulu dengan lebih berkesan di dalam kandungannya. Syampu ini juga 100% bebas alkohol, pewarna dan paraben.

Kelebihan Produk Ini

  • Membantu mengurangkan keguguran bulu.
  • Bebas bahan kimia yang berbahaya.
  • Diformulasi dengan botani semulajadi dan vitamin B5 yang menguatkan akar rambut.
  • Membantu mengurangkan kelemumur si bulu juga.
  • Jika si bulu anda sedang dalam rawatan kutu, produk ini tidak akan mengganggu rawatan tersebut.

Kekurangan Produk Ini

  • Mempunyai wangian yang agak kuat, mungkin tidak berapa sesuai untuk si bulu yang mempunyai masalah alahan

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Kebanyakan si bulu sekarang duduk di dalam rumah, jadi penting untuk memastikan kesihatan bulu mereka terjaga. Jika bulu kucing gugur dengan kerap dalam jumlah yang banyak, ia juga akan memberi kesan kepada pemilik kucing, terutama sekali yang sensitif dengan bulu kucing yang halus. Produk ini dapat mengawal keguguran rambut sekaligus mengurangkan terjadinya bebola bulu yang kerap.

PILIHAN #5 TEAM POPKEJU

John Paul Pet Oatmeal Shampoo

John Paul Pet Oatmeal Shampoo

Rating Kami

Kulit si bulu anda sensitif dan bulu kurang berkilat atau kelihatan kusam? Syampu ini memang dirumuskan khas untuk kulit si bulu yang sensitif. Jenama ini amat terkenal dan popular dan sering digunakan oleh pendandan binatang peliharaan di kedai-kedai dandanan binatang peliharaan. Ini kerana, syampu ini dikeluarkan oleh John Paul yang juga merupakan pendandan rambut profesional. Jadi kecantikan dan kelembutan bulu amat dititikberatkan.

Syampu ini diformulasikan khas untuk membersih, melembab dan melembutkan bulu dan kulit sensitif si bulu anda yang sensitif. Kandungannya terdiri daripada oatmeal, daun lidah buaya, bunga chamomile, daun teh, minyak kayu putih, ekstrak lavender, daun pudina, minyak oren dan minyak badam. Bahan-bahan ini memang diketahui khasiatnya yang anti-bakteria, anti gatal dan anti radang.Baunya juga harum dan tidak menyakitkan kepala. Ia juga mempunyai PH yang seimbang untuk kesihatan kulit si bulu.

Kelebihan Produk Ini

  • Produk ini sesuai untuk si bulu yang berkulit sensitif dan alahan pada bahan-bahan kimia tertentu.
  • Mengandungi PH seimbang yang sesuai untuk si bulu.
  • Mengandungi bahan-bahan anti bakteria, anti gatal dan anti radang yang amat penting untuk kulit sensitif.
  • Baunya harum, segar dan menyenangkan.
  • bulu menjadi lembut dan mudah disikat tanpa tersangkut-sangkut.

Kekurangan Produk Ini

  • Ianya mungkin tidak sesuai untuk si bulu yang mempunyai alahan pada bau pewangi,
  • Bau harumnya cepat hilang dalam sehari dua dan tidak tahan lama.
  • Harga agak mahal berbanding produk yang lain.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Syampu ini amat bagus untuk si bulu yang mempunyai kulit sensitif, banyak bahan dalam syampu yang membantu mengekalkan kesihatan kulit si bulu. Si bulu pasti gembira jika gatal-gatalnya berkurang.  Bulu pun menjadi lebih lembut dan berkilat. Tambahan pula, Jika anda mahukan si bulu anda berbau sama seperti dandanan di kedai dandanan haiwan peliharaan. Memang patut jika anda menggunakan syampu ini. Puaslah anda menggomol si bulu anda nanti.

Panduan Membeli Syampu Kucing

Faktor-Faktor yang perlu dipertimbangkan

Untuk memilih syampu kucing yang terbaik dan sesuai keadaan kulit si bulu anda bukan tugas yang mudah apatah lagi menyeronokkan. Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira. Di sini kami kongsikan beberapa faktor yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam pencarian syampu kucing terbaik untuk si bulu kesayangan anda.

Antara faktor-faktor tersebut ialah:

Pilih formula yang bersesuai dengan keadaan kulit dan bulu si comel.

Ramai pemilik si bulu yang terlepas pandang faktor ini. Kucing juga seperti manusia, ada yang berkulit sensitif dan mempunyai alahan terhadap sesuatu produk. Baka-baka kucing juga menyumbang kepada faktor ini. Jadi sebelum memilih apa-apa produk, anda perlu tahu kesesuaian kulit si bulu dengan produk syampu yang digunakan.

Ketahui jenis-jenis syampu kucing.

Tidak semua syampu kucing sama jenis. Terdapat pelbagai jenis syampu kucing di pasaran. Antaranya ialah syampu kucing biasa yang sesuai untuk kucing yang tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan kulit dan bulu, Syampu kulit kering yang dirumus untuk memulihkan dan melembapkan kulit kering, syampu untuk anak kucing yang dirumuskan untuk kulit anak kucing yang lembut dan sensitif, syampu tanpa air untuk si bulu yang takut air, syampu kutu untuk si bulu yang bermasalah kutu dan syampu hypoallergenic yang tiada bau dan warna dan sesuai untuk kucing yang mempunyai alahan.

Utamakan keselesaan si comel anda.

Jika si bulu anda tidak suka dimandikan, anda boleh cuba juga produk syampu yang tidak memerlukan anda memandikan kucing anda. Terdapat banyak juga produk syampu tanpa air dan tanpa bilas dijual di pasaran. Ianya lebih mudah digunakan dan tidak menyebabkan kucing anda stress. Memang amat difahami yang proses memandikan kucing ini kadang-kadang amat memenatkan dan mengambil masa yang lama. Lainlah kalau dapat si bulu yang suka mandi. Hakikatnya, itu jarang sangat berlaku.

Periksa kandungan kimia yang digunakan dalam produk

Ada juga produk syampu kucing yang mengandungi bahan sintetik dan tiruan yang boleh menjadi toxin pada si bulu. Antaranya ialah Parabens, Alkohol, Phenol, Permenthrin, Pyrethins dan Pyergroids. Sebagai ganti, anda boleh cuba mencari syampu yang tidak mengandungi bahan tambahan tiruan. Sebaliknya menggunakan bahan-bahan alami seperti oatmeal, lidah buaya atau lanolin.

Pastikan syampu yang digunakan tidak menjejaskan rawatan yang diterima si comel.

Jika si bulu anda sedang mendapat rawatan terutama sekali yang berkaitan dengan kulit ataupun rawatan kutu, pastikan syampu yang anda pilih itu tidak menjejaskan atau menghilangkan keberkesanan rawatan yang diberikan.

Dapatkan khidmat nasihat doktor haiwan

Sebelum membeli ataupun mencuba apa-apa sahaja produk syampu kucing kepada si bulu anda. Seboleh-bolehnya, anda cubalah meminta nasihat daripada doktor haiwan yang merawat si bulu anda. Sewaktu proses pemeriksaan berkala, rajinkan bertanya jika si bulu anda tentang keperluan kulit si bulu anda dan minta pandangan tentang produk yang dirasakan berkesan.

Soalan-Soalan Tentang Syampu Kucing

Bagaimana untuk mengetahui jika syampu kucing khas untuk kutu berkesan?

Kutu akan timbul di permukaan bulu haiwan kucing anda ketika mereka mati, jadi jangan risau  jika anda mula melihat lebih banyak kutu pada bulu si manja anda berbanding dari sebelumnya selepas menggunakan syampu kutu. Untuk kutu benar-benar hilang, ianya akan mengambil masa selama 30 hari. Pastikan anda juga memeriksa dan membersihkan barang-barang lain yang mungkin menjadi sumber kutu seperti bantal, kusyen atau permaidani.

Adakah si bulu perlu dimandikan?

Umum tahu kucing memang binatang yang suka membersihkan diri sendiri. Air liur si bulu bertindak sebagai bahan pencuci semula jadi dan lidah si bulu pula agak bercangkuk dan berfungsi seperti sikat kecil yang menghilangkan minyak, kotoran, kelemumur, dan serpihan lain yang terdapat pada kulit dan bulu haiwan tersebut. Tapi ada beberapa keadaan di mana si bulu anda perlu dimandikan contohnya, bila badan bulu anda terlekat sesuatu yang bahaya seperti cat rumah, bahan kimia bertoksin, minyak ataupun tanaman beracun.

Sesetengah kucing yang mempunyai masalah kesihatan seperti terlebih berat badan ataupun alergi. Kucing terlebih berat agak sukar untuk membersihkan diri sendiri kerana limitasi fizikalnya manakala kucing yang mempunyai alergi pula memerlukan penjagaan kulit yang extra. Begitu juga si bulu emas yang tidak lagi berupaya membersihkan diri dengan lebih kerap seperti sebelumnya.

Bolehkah memandikan si bulu dengan mandian bayi atau mandian manusia dewasa?

Tidak boleh. Tahap PH manusia dan si bulu adalah berbeza. Si bulu perlukan lebih lembapan. Kulit si bulu boleh menjadi kering dan radang jika dimandikan dengan syampu manusia.

Berapa kerapkah si bulu perlu dimandikan?

Si bulu tidak boleh dimandikan dengan terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Kekerapan yang ideal adalah antara 4 minggu ke 6 minggu.

Jika saya perlu memandikan kucing kerana kucing terkena bahan berbahaya tetapi saya tiada syampu, apa pengganti yang saya boleh gunakan?

Anda boleh cuba membuat syampu kucing buatan sendiri dengan menggunakan bahan yang terdapat di dapur rumah anda. Campurkan 1 cawan cecair pencuci pinggan, 1 cawan cuka epal dan 4 cawan air. Satukan bahan-bahan dan digunakan pada kucing anda.

Kesimpulannya

Memilih syampu kucing terbaik untuk si bulu kesayangan memang agak memeningkan kepala. Apatah lagi terdapat pelbagai jenama di luar sana. Jika anda menemui jalan buntu, ingatlah satu perkara yang paling penting iaitu, syampu kucing yang terbaik adalah syampu yang tidak menyebabkan kulit si bulu menjadi kering, tiada pewarna, sulfat atau paraben dan juga tidak mempunyai bau yang kuat.

Syampu Kucing Terbaik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top