Pencuci Muka Terbaik untuk Setiap Jenis Muka

Pencuci muka adalah produk penjagaan kulit paling asas yang digunakan untuk menghapus kotoran pada kulit wajah agar sentiasa bersih dan segar. Pencuci muka terbaik dapat memastikan kulit wajah terhindar daripada radikal bebas dalam udara tercemar, yang berisiko merosakkan kulit.

Selain daripada kotoran persekitaran yang melekat pada wajah, kulit juga akan menghasilkan minyak dan sebum berlebihan. Faktor pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan tinggi kolesterol dan tinggi kafein seperti kopi membawa kepada penghasilan minyak dan sebum berlebihan oleh kulit muka.

Oleh sebab itu, pencuci muka terbaik yang bersesuaian dengan kulit muka amat penting tidak kira bagi wanita mahupun lelaki. Pendek kata, walaupun anda bukan seorang yang suka bersolek, pemilihan pencuci muka terbaik amat penting bagi mengekalkan kesihatan kulit wajah.

Akan tetapi, perlu diingatkan, pencuci muka terbaik bagi individu A tidak semestinya terbaik bagi individu B mahupun C. Dalam erti kata lain berkongsi pencuci muka dengan ibu ataupun kakak anda adalah perlu dielakkan sama sekali.

Bagi membantu memudahkan anda untuk memilih pencuci muka terbaik yang berkesan, mari kita lihat lima produk pencuci muka terbaik yang terdapat di Lazada dan Shoppee.

5 Pencuci Muka Terbaik di Lazada dan Shoppee

Reviu Pencuci Muka Terbaik

PILIHAN #1 TEAM POPKEJU

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Rating Kami

Memenangi pelbagai anugerah dalam kalangan industri kecantikan dan pakar penjagaan kulit.  Kaji selidik yang dijalankan oleh Home tester Club antara pertengahan Mei 2018 sehingga awal Julai 2018 mendapati 99% wanita telahpun bersetuju bahawa produk ini mampu membersih secara lembut sambil memelihara kelembapkan kulit. Data IMS tentang Emolien & Perlindungan MAT Q4 2017 juga telah mengiktiraf produk ini sebagai jenama penjagaan dermatologi nombor satu di Malaysia.

Penggunaan seluruh badan

Penggunaanya adalah meliputi seluruh tubuh badan termasuk muka. Jadi anda tidak perlu membeli produk yang berlainan untuk muka dan badan anda. Ia juga dihasilkan dengan pH bersesuaian dengan kulit wajah tanpa kesan rengsa.

Kelainan Berbanding Produk Lain di Pasaran

Uniknya produk ini boleh digunakan bersama air ataupun tanpa air. Bagi penggunaan dengan air, letakkan pencuci ke wajah anda, sapu perlahan dan kemudian bilas secukupnya. Bagi penggunaan tanpa air, anda hanya perlu letakkan sejumlah pencuci ke kulit muka anda, dan sapu perlahan-lahan. Bersihkan lebihan dengan kain lembut untuk meninggalkan lapisan nipis ke atas kulit.

Kelebihan Produk Ini

  • Bebas wangian dan sabun yang boleh mengeringkan kulit
  • Pembersih bagi seluruh tubuh badan termasuk muka
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit bayi
  • Boleh digunakan bersama air atau tanpa air

Kekurangan Produk Ini

  • Meninggalkan kesan licin dan agak melekit pada kulit selepas penggunaan
  • Tiada bau wangian selepas penggunaan

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Produk ini boleh digunakan pada seluruh tubuh badan termasuk pada wajah menjadikan ia lebih ekonomik berbanding produk lain terutamanya kepada anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Kesesuaian penggunaan pada kulit bayi pula dapat mengelakkan kesan berlakunya alahan pada kulit seperti ekzema dan ruam.

PILIHAN #2 TEAM POPKEJU

Simple Kind to Skin Refreshing Facial Gel Wash

Simple Kind to Skin Refreshing Facial Gel Wash

Rating Kami

Satu lagi produk yang mempromosikan penjagaan kesihatan muka anda tanpa sabun. Ia adalah 100% bebas sabun yang dapat menanggalkan kekotoran dan minyak menjadikan kulit bersih dan segar. Ia juga amat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit sensitif. Ia telah diuji secara dermatologi dan lulus ujian oftamologi.

Coco-betain dan Unsur Emolien

Cocamidopropyl Betaine ataupun coco-betaine yang dihasilkan daripada minyak kelapa, merupakan bahan utama yang digunakan dalam pencuci muka tanpa sabun. Ia bertindak sebagai agen penbersih yang mampu membersih sehingga ke dalam liang pori.

Produk ini juga terdapat unsur emolien dan humectants yang memberikan kesan melembap pada kulit muka anda. Ia juga dipertingkatkan dengan Panthenol (pro-vitamin B) dan Tocopheryl Acetate (vitamin E). Dengan nilai pH di antara 5.5 hingga 6.4, ia amat bersesuaian dengan nilai pH normal kulit wajah anda.

Kesan Alahan

Namun begitu Cocamidopropyl Betaine ataupun coco-betaine dikatakan boleh memberi kesan alahan kepada anda yang mempunyai masalah alahan terhadap kelapa atau bahan yang berasaskan kelapa, seeloknya anda harus mengelakkan daripada menggunakan pencuci muka ini.

Kelebihan Produk Ini

  • Bebas sabun yang boleh mengeringkan kulit
  • Mempunyai kesan melembap

Kekurangan Produk Ini

  • Amat tidak sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap kelapa
  • Memberi kesan licin dan melekit selepas digunakan, penggunaan span konjac amat membantu mengatasi masalah ini.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Dijual pada harga yang berpatutan. Pembersih muka ini amat sesuai untuk semua jenis kulit. Bungkusan berbentuk tiub lut cahaya memudahkan anda untuk melihat aras kandungan di dalam selain tekstur gel yang tidak melekat pada bahagian tiub menyebabkan pembaziran produk dapat dikurangkan.

PILIHAN #3 TEAM POPKEJU

COSRX Low-pH Good Morning Gel Cleanser

COSRX Low-pH Good Morning Gel Cleanser

Rating Kami

Salah satu pencuci muka yang menjadi buah mulut bagi mereka yang pernah mencubanya. Ia juga telah memenangi anugerah seperti Amazon Best Seller 2018 dan 2018 #1 Best Seller in Facial Cleaning Gels Ramai pengguna amat berpuas hati di mana ia merupakan antara pencuci muka mempunyai pH rendah yang berada dipsaran.

Pencuci Muka Lebih Berasid

Umum mengetahui bahan yang lebih beralkali dapat menanggalkan kekotoran pada kulit wajah dengan mudah. Namun ia akan menyebabkan kulit muka semakin kering dan berlaku iritasi. Jadi bagi anda yang mempunyai kulit bermasalah dan sensitif, pencuci muka yang lebih berasid adalah satu kemestian untuk dimiliki. Selain terbukti lebih berasid dengan pH antara 4.5 hingga 5, ia amat selesa dan konsisten apabila dikenakan kepada wajah.

3 Bahan Aktif Terbaik Untuk Kulit Wajah

Diformulasikan bersama sejenis kulat yang dinamakan Saccharomyces yang bertindak sebagai pencerah, pelembap dan menjadikan muka lebih bersinar (glowing). Minyak daun tea-tree pula bertindak sebagai antiseptik dan melembutkan struktur kulit manakala Betaine Salicylate pula merupakan bahan kimia semulajadi membantu membersih liang pori serta menanggalkan kulit mati.

Kelebihan Produk Ini

  • Antara produk paling sesuai untuk kulit bermasalah kerana lebih berasid
  • Boleh dijadikan sebagai pembersih solekan

Kekurangan Produk Ini

  • Menyebabkan kesan pedih jika terkena pada mata

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Selain harga yang berpatutan, bungkusan yang berbentuk tiub dengan penutup flip-flop amat mudah digunakan dan tidak mudah terbuka. Struktur gel nya pula tidak menyebabkan ia terlalu melekat pada tiub bungkusan dan pembaziran produk dapat dikurangkan. Isipadu 150ml juga adalah banyak dan mampu bertahan sehingga ke enam bulan bergantung kepada penggunaan.

PILIHAN #4 TEAM POPKEJU

Innisfree Volcanic Pore Cleansing Foam

Innisfree Volcanic Pore Cleansing Foam

Rating Kami

Ia merupakan pembersih liang pori yang dihasilkan daripada kluster gunung berapi. Ejecta atau muntahan gunung berupa abu yang terhasil daripada letusan gunun berapi Hallasan di Pulau Jeju Korea telah digunakan untuk menghasilkan pencuci muka ini. Bahan yang kaya dengan mineral bertindak secara efektif menyerap sebum berlebihan serta sel-sel kulit mati kerana strukturnya yang berpori.

Bahan semulajadi daripada Abu Letusan Gunung Berapi

Abu yang terhad dan hanya dibenarkan di ambil dikawasan tertentu dibersihkan melalui proses pemanasan pada suhu melebihi 150 darjah celsius dan kemudiannya dihancurkan untuk dijadikan serbuk halus. Dengan kehadiran Jeju Volcanic Cluster ini, zarahnya yang lebih kecil dari liang pori, mampu masuk hingga jauh ke dalam untuk mengeluarkan lebihan minyak dan kekotoran menjadikan kulit lebih bersih dan kurang berkilat.

Penggunaan Secara Double-cleansing

Ada sesetengah pengguna yang menggunakan produk ini secara double cleansing iaitu dengan dengan menyapu pada bahagian kulit tanpa air menggunakan kapas muka. Cara ini akan membersihkan kesan solekan yang ketara pada kulit wajah. Proses kemudiannya diteruskan dengan meletakkan sedikit produk ini pada tapak tangan kemudian dijadikan buih ataupun dengan meletakkan sedikit pada berus pori lembap dan perlahan-lahan diratakan pada seluruh wajah.

Kelebihan Produk Ini

  • Boleh bertindak sebagai pembersih solekan
  • Boleh digunakan secara double-cleansing
  • Sesuai bagi kulit berminyak dan kulit kombinasi

Kekurangan Produk Ini

  • Tidak disyorkan untuk kulit kering
  • Boleh mengakibatkan pedih sekiranya terkena pada bahagian mata

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Ditawarkan pada harga berpatutan, pembelian anda lebih jimat memandangkan anda tidak perlu membeli bersama pembersih solekan yang lain. Penggunaan secara double-cleansing memberikan kepuasan dalam menanggalkan kesan solekan secara menyeluruh.

PILIHAN #5 TEAM POPKEJU

Hada Labo AHA BHA Exfoliating Face Wash

Hada Labo AHA BHA Exfoliating Face Wash

Rating Kami

Diformulasi dengan Triple Anti-Pollution dan Double Action Exfoliating antara salah satu pencuci muka terbaik bagi menanggalkan blackheads dan membersih ke dalam liang pori dengan sempurna. Ia mampu mengimbangi semula tahap pH kulit wajah dan melindungi kulit daripada radikal bebas serta tidak menyebabkan iritasi selepas penggunaan. Pencuci muka ini juga bebas pewangi tiruan, alkohol dan minyak mineral.

Double Action Exfoliating dan Triple Anti-pollution

Secara asasnya, yang dikatakan formula Double Action Exfoliating iaiti AHA (glycolic acid) dan BHA (salicylic acid) berfungsi melembutkan dan menanggalkan sel kulit mati. Refine skin texture menjadikan kulit lembut dan cerah manakala Triple Anti-pollution memberi perlindungan kepada kulit daripada sebarang bentuk  pencemaran persekitaran seperti logam berat dan membentuk lapisan pelindung yang melindungi kulit dari kerosakan akibat pencemaran.

AHA, BHA dan Kesan Pada Kulit Muka

Walaupun AHA dan BHA dilihat amat membantu dalam menjaga kesihatan kulit dan memberi kesan segar pada wajah, namun dikatakan exfoliation (proses membuang sel-sel mati) akan memberi kesan sampingan pada kulit muka anda sekiranya tidak mengikut tatacara yang betul.

Jadi, buat anda yang ingin menggunakan pembersih muka yang mempunyai AHA dan BHA dinasihatkan supaya memakai pelembap, toner, essence atau serum pada kulit muka anda dan mengamalkan pemakaian sunblock/sunscreen. Ini kerana kedua-dua bahan ini menyebabkan kulit amat sensitif terhadap cahaya matahari (photosensitive). Kulit yang kurang penghidratan akan mudah terbakar, mengelupas dan kemerahan.

Kelebihan Produk Ini

  • Bertindak sebagi agen exfoliation yang baik jadi amat sesuai untuk jenis kulit kering
  • Dapat memudarkan dan menghilangkan parut jerawat

Kekurangan Produk Ini

  • Perlu digunakan bersama pelembap wajah bagi mengelakkan kesan iritasi melampau pada wajah

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Hada Labo merupakan jenama terkenal dari jepun. Ia mempunyai rangkaian penjagaan kulit yang pelbagai dan amat dipercayai. Selain dengan harga yang berpatutan, Penggunaan secara jangka masa panjang dan konsisten akan dapat menghilangkan kesan parut pada wajah dan menjadikan wajah semakin cerah.

Tip Dalam Pemilihan Pencuci Muka

Anda perlu memiliki pencuci muka terbaik yang bersesuaian dengan kulit muka. Bagi memastikan keberkesanan sesuatu pencuci muka, pastikan anda mengikuti tip-tip dibawah dalam memilih pencuci muka. Pencuci muka terbaik seharusnya:

1. Membersih kotoran dari muka

Bagi menguji kesesuaian pencuci muka,  selepas wajah anda telah dibersihkan, ambil sekeping kapas muka dan letakkan sedikit toner. Usap pada kulit. Sekiranya masih terdapat kekotoran yang melekat pada kapas tersebut, ini bermakna pencuci tersebut tidak dapat membersih dengan sempurna. Jadi sebolehnya, dapatkan pencuci muka yang baru yang dapat mencuci dengan lebih berkesan.

2. Tanpa mengeringkan kulit

Penggunaan pencuci muka yang mengeringkan kulit muka, akan menyebabkan kelenjar minyak  pada lapisan di bawah kulit secara alami, mengesan kelembapan kulit muka yang menurun. Jadi, ia akan mengeluarkan lebih banyak minyak bagi meningkatkan kelembapan kulit. Kesannya, kulit akan menjadi semakin berminyak dan risiko munculnya jerawat adalah tinggi.  

3. Membersihkan liang pori dari kotoran  

Pencuci muka haruslah dapat membersihkan secara mendalam hingga ke dasar liang pori. Penggunaan kosmetik, pencemaran udara persekitaran akan menyebabkan pori muka anda mudah tersumbat. Sekiranya pori tidak dibersihkan dengan baik, kulit wajah anda akan mengundang pelbagai jenis masalah seperti jerawat.

4. Melembapkan kulit

Jika sekiranya aktiviti harian anda menuntut anda untuk berada lama di dalam bilik berhawa dingin, kulit akan mengering. Oleh itu, penggunaan pencuci muka yang dapat mengawal minyak serta kelembapan kulit secara alami amatlah penting.

5. Lembut dan tanpa kesan sampingan

Elakkan penggunaan pencuci yang memberi kesan tidak baik kepada kulit muka anda seperti menghakis pigmen serta lapisan luar kulit. Kesannya dapat dilihat apabila kulit anda akan kemerahan lebih daripada biasa apabila terdedah kepada cahaya matahari.

6. Elakkan penggunaan pembersih muka yang mengandungi bahan pengawet dan pewangi

Bahan seperti paraben atau phenoxythanol methylchloroisothiazolinone berisiko menyebabkan iritasi pada kulit dan mengakibatkan alahan.

7. pH bersesuaian

pH muka anda adalah sedikit berasid. Oleh itu, anda perlu memilih pencuci muka yang mempunyai nilai pH yang hampir sama. Pencuci muka beralkali boleh merengsakan kulit wajah anda

Jenis–Jenis Kulit Muka

Walaupun anda telah mengetahui senarai pencuci muka terbaik yang berada di pasaran, namun tidak mengetahui jenis kulit muka, boleh menyebabkan anda salah memilih pencuci muka dan akhirnya mengundang kesan buruk kepada kulit muka anda. Namun begitu adakah anda pasti bahawa anda menjaga kulit muka anda dengan cara yang betul? Menjadi satu amalan kini apabila pengguna membeli pencuci muka dengan melihat jenama sebelum menitikberatkan soal fungsi dan kesesuaian penggunaan terhadap kulit muka.

Pemilihan pencuci muka tidak boleh dipandang ringan. Mengetahui jenis kulit muka yang anda miliki amatlah penting. Jom kenali jenis kulit muka anda.

#Kulit Kering      

Bagi anda yang mempunyai kulit sebegini, liang pori hampir tidak kelihatan serta kulit nampak kusam dan kasar. Keruping kulit juga akan mudah terhasil kesan daripada kulit yang mengering dan merekah. Terdapat juga tompok-tompok kemerahan dan garisan halus serta kedutan pada kulit. Aktiviti harian, diet pemakanan, ketidakstabilan hormon, faktor genetic serta perubahan iklim adalah penyebab utama kulit kering. Sekiranya anda mempunyai jenis kulit ini, anda perlulah kerap mengelupaskan (exfoliate) dan melembapkan kulit anda.

Jika kulit kering, gunakan pembersih yang lembut dan melembapkan. Formulasi yang lembut serta mempunyai emolien dapat membantu melembap sambil membersih. Usah mandi terlkalu lama kerana ia akan menyebabkan kulit bertambah kering. 

#Kulit Berminyak

Jika pori anda besar dan muka anda kelihatan bersinar, maka kulit muka anda adalah jenis yang berminyak. Walaupun sering dikatakan kelihatan lebih muda, namun minyak yang berlebihan akan menyebabkan pori muka tersumbat, dan menyebabkan mudah terbentuknya jeragat dan jerawat. Anda yang mempunyai jenis kulit muka ini perlulah sentiasa membawa bersama kertas menyerap minyak ataupun blotting paper.

#Kulit Kombinasi

Jenis kulit ini adalah kulit yang biasa didapati. Kulit anda akan selalu berminyak di bahagian zon-T dan kering pada bahagian lain. Oleh itu, anda perlu memilih penjagaan kulit bagi kulit kombinasi. Pengelupasan ataupun exfoliate berjadual juga diperlukan bagi kulit jenis ini.

Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi, anda akan mengalami simptom yang hampir serupa. Jadi penjagaan kulit muka anda juga pastilah hampir sama. Anda mungkin sentiasa mahu membersihkan muka untuk menanggalkan lebihan minyak dan kekotoran. Namun awas! Kerap mencuci akan mengeringkan kulit dan lebih banyak minyak akan terhasil. Gunakan pencuci muka yang mempunyai pH yang seimbang supaya ia berkesan membersih tanpa menyebabkan iritasi pada kulit anda.

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, anda disarankan untuk kerap menggosok/menyental kulit bagi menanggalkan permukaan kulit mati dan mengurangkan liang pori tersumbat. Namun harus waspada agar tidak menggosok/menyental terlalu kasar dan menyebabkan iritasi pada kulit muka anda. Anda yang mempunyai kulit kombinasi boleh memulakan rutin menggosok/menyental sekali atau dua kali seminggu dan perlahan-lahan melakukan dengan lebih kerap jika perlu. 

#Kulit Normal

Bagi anda yang mempunyai kulit ini anda harus merasa sangat bertuah. Kulit anda sentiasa terasa anjal, licin dan lembut serta jarang mengalami kulit kering, berminyak ataupun ditumbuhi jerawat.

Kulit normal mudah dijaga. Penggunaan produk yang lembut dan terbukti secara klinikal bagi jenis kulit ini dapat membantu kulit sentiasa kekal tanpa masalah. Gunakan pembersih muka yang lembut untuk membersih dan melembapkan kulit tanpa menanggalkan minyak semulajadi atau mennyebabkan iritasi.

#Kulit Sensitif

Bagi jenis kulit ini, kulit akan menjadi merah, bertindak balas dan gatal selepas menggunakan produk harian biasa. Kulit juga mudah mendapat iritasi apabila terdedah kepada bahan tertentu dalam produk dan akibat perubahan alam sekitar. Jadi bagi anda yang mempunyai kulit jenis ini anda perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan pencuci muka, Sebaiknya, uji produk tersebut di tangan anda dahulu bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini berlaku keatas wajah anda.

Tip Mencuci Muka

Harus diingat bahawa mencuci muka terlalu lama akan menyebabkan iritasi pada kulit, jadi bersederhanalah ketika membersih, menggosok dan menyental. Pastikan anda tidak menggunakan air panas untuk membersihkan kulit muka anda, yang akan mengakibatkan tertanggalnya lapisan pelindung semulajadi kulit anda. Elakkan juga menggunakan sabun atau produk yang mempunyai bau yang kuat kerana ia akan menjadikan kulit anda kering dan berisiko berlakunya iritasi.

Pun begitu, bagi setiap apa yang anda lakukan terhadap kulit muka anda, pastikan anda peka dengan tindak balas kulit anda terhadap produk yang digunakan. Pantau apa yang menyebabkan tindak balas seperti kemerahan, pedih, gatal atau rasa terbakar. Ini merupakan satu-satunya langkah awal yang terbaik bagi memastikan kulit berasa sihat dan sentiasa berseri.

Kesimpulannya

Perlu diingatkan, pencuci muka terbaik bukanlah pencuci muka yang memberi perubahan ketara dalam masa yang singkat. Perubahan akan mengambil masa. Jadi beri masa kepada kulit muka anda untuk bertindakbalas.

Pastikan pencuci muka anda tidak mengandungi bahan berbahaya yang memberi kesan negatif dalam jangka panjang. Amalan harian seperti pemakanan dan gaya hidup aktif juga turut mempengaruhi kondisi kulit muka anda.

Kami harap artikel ini dapat membantu anda memilih pencuci muka terbaik untuk diri anda.

Pencuci Muka Terbaik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top