Pelembap Muka Terbaik untuk Setiap Jenis Kulit

Pelembab Muka Terbaik

Penjagaan kulit wajah amat penting bagi setiap individu. Aktiviti harian yang sibuk, sentiasa berada di dalam bilik berhawa dingin, tidak ada masa untuk melakukan aktiviti sihat dan mengabaikan pemakanan seimbang boleh menyebabkan kondisi kulit muka semakin teruk dan memerlukan penjagaan yang rapi.

Penggunaan pelembap muka terbaik antara salah satu cara penjagaan kulit yang kerap dipandang enteng. Ramai daripada anda yang menghabiskan duit pada alat solekan bagi menjadikan diri berketerampilan dan yakin. Namun sebenarnya, penjagaan kulit muka adalah yang paling utama. Sekiranya kulit berjerawat, berjeragat dan kusam, penggunaan solekan sahaja tidak mampu untuk menutup cela yang ada. Lebih buruk lagi apabila solekan tebal yang digunakan akan memberi kesan yang lebih teruk pada kulit wajah.

Mengapa Perlu Menggunakan Pelembap Muka?

Adakah anda tahu, kulit dapat menghasilkan pelembap muka secara semulajadi? Namun begitu, mencuci muka bagi menghilangkan kekotoran, bakteria dan kesan solekan, menyebabkan kadar lembapan semulajadi kulit muka akan ikut terhapus. Kemampuan penghasilan lembapan kulit secara semulajadi juga akan turut menurun seiring dengan peningkatan usia.

Membersih wajah secara mendalam sehingga ke dalam liang pori, dan kemudiannya disusuli dengan penggunaan pelembap muka dapat memerangkap lembapan kulit dari terhidrat sekaligus kelembapan kulit muka dapat dikekalkan. Pelembap muka terbaik dapat mengekalkan kesihatan dan keanjalan kulit muka yang semakin berkurangan disebabkan faktor usia. Secara mudahnya, tugas utama pelembap muka adalah untuk mengunci dan menyimpan kelembapan dalam sel-sel di wajah.

Bagi membantu anda yang sedang mencari pelembap muka yang bersesuaian dengan kulit muka anda, berikut disenaraikan lima pelembap muka terbaik yang boleh didapati di platform jualan online Lazada dan Shoppee.

5 Pelembap Muka Terbaik

5 Pelembap Muka Terbaik (Reviu Kami)

PILIHAN #1 TEAM POPKEJU

Clinique Moisture Surge

Clinique Moisture Surge

Rating Kami

Pelembap bertekstur gel-krim ini adalah antara pelembap yang menjadi bualan disebabkan fungsinya yang memberi kemampuan kepada kulit untuk menghidrasi secara semulajadi dan memberikan kelembapan berganda kepada kulit muka. Anda dapat menikmati kesan penghidratan tanpa henti selama 72 jam, walaupun selepas membersih muka.

Bagaimana Ia Berfungsi

Advanced Hydrator dengan teknology auto-replenishing membantu kulit membina sumber air dalaman dan terus menghidrat secara sendiri. Kesannya terbukti apabila penghidratan dapat dikekalkan hampir dua kali ganda pada penghujung hari berbanding sebelum penggunaan.

Teknologi auto-replenishing dengan kafein pula membantu kulit menghidrat dengan sendiri. Sebahagian hyaluronic acid dan air aloe aktif meningkatkan kelembapan dalam kulit dan mengurangkan kedutan. Matriks humectants dan polimer yang kuat akan mengurangkan kehilangan air dan memerangkap kelembapan.

Cara Penggunaan

Pelembap ini adalah bebas dari paraben, bebas phthalates dan bebas wangian. Pelembap ini boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan, sebelum atau selepas solekan atau sebagai topeng muka 5 minit. 

Kelebihan Produk Ini

  • Menghidrat kulit lebih lama (72 jam)
  • Boleh bertindak sebagai mask muka
  • Tiada kesan minyak pada wajah
  • Pelembap ini dapat digunakan di pelbagai bahagian badan seperti kuku dan hujung rambut yang bercabang



Kekurangan Produk Ini

  • Tidak membantu dalam proses perawatan jerawat yang serius dan menyebabkan rasa pedih pada kawasan jerawat akut.
  • Mempunyai kandungan dimethicone (unsur memerangkap lembapan) yang agak tinggi dimana ia dikatakan mungkin akan memerangkap lembapan bersama kuman dan bakteria lain yang boleh menyebabkan kemunculan jerawat.

Mengapa Anda Harus Membeli Produk Ini?

Walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi namun jika dibandingkan dengan kesan yang akan diperolehi pengguna, amat berbaloi untuk melabur membeli pelembap ini. Namun begitu, diharapkan anda membeli barangan asli dan tidak tertipu apabila ditawarkan dengan harga yang lebih rendah oleh penjual. Beli daripada penjual yang dipercayai.

PILIHAN #2 TEAM POPKEJU

Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Rating Kami

Pelembap ini melembapkan kulit kering dengan segera sambil mengekalkan kelembutan, keanjalan dan menghidrat kulit sepanjang hari. Tekstur gel-air yang ringan diformulasikan dengan hyaluronic acid yang menyerap dengan pantas serta tidak meninggalkan kesan berminyak pada permukaan kulit.

Purified Hyaluronic Acid dan Ekstrak Zaitun

Purified Hyaluronic Acid yang secara semulajadi didapati di dalam struktur kulit. Ia memberikan kesan hidrasi yang cepat dan bertindak sebagai span bagi kulit kering. Ia mampu menyerap air berganda ke dalam kulit menjadikan kulit terhidrat dan kekal sehingga 48 jam.

Ekstrak zaitun pula terkenal sebagai pelindung kelembapan dan agen anti-oksidan. Struktur asid lemaknya seumpama pelindung pelembap semulajadi kulit, membentuk struktur yang melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan. Ia juga membuatkan kulit terasa lembut tanpa sebarang rasa melekit. Sesuai digunakan pada wkatu siang dan malam selepas muka dibersihkan.

Kelebihan Produk Ini

  • Kandungan yang berasaskan air amat sesuai untuk kulit berminyak
  • Mudah rata pada kulit. Jadi hanya sedikit diperlukan untuk diratakan keseluruh muka anda.

Kekurangan Produk Ini

  • Mungkin kurang sesuai pada kulit yang alah pada wangian
  • Kurang sesuai pada kulit yang alah pada silikon

Mengapa Anda Harus Membeli Produk Ini?

Walaupun harganya jauh lebih murah berbanding harga Clinique Moisture Surge 72 Hour Auto Replenishing Hydrator, namun dikatakan kesannya adalah setanding. Oleh itu, bagi yang menginginkan kesan seumpamanya, namun mempunyai bajet yang rendah, pelembap ini adalah jawapannya. Tekstur yang mudah rata pada kulit menjadikan ia tahan sehingga tiga bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan.

PILIHAN #3 TEAM POPKEJU

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Cream

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Cream

Rating Kami

Juga dikenali sebagai Hada Labo Gokujyun Hydrating Cream. Gokujyun yang bermaksud melembapkan secara ekstra dalam bahasa Jepun dapat memberikan penerangan secara ringkas tentang fungsi krim pelembap ini. Antara  ramuan utama iaitu Super Hyaluronic Acid amat dikenali dengan sifat menahan kelembapan yang terbaik. Satu gram Super Hyaluronik Acid dikatakan boleh menampung sehingga 12 liter air.

Bagaimana Ia Bertindak

Krim pelembap ini telah ditambah dengan empat jenis Hyaluronic Acid yang mampu menembusi kulit secara mendalam untuk menghidrat dan membantu mengembalikan apa yang dikenal sebagai moisture barrier pada kulit, yang bertindak sebagai pencegah kehilangan kelembapan. Ia menjadikan kulit terasa lembut dan halus.  

Ia sesuai dipakai sebagai pelembap kulit intensif pada waktu malam. Ia bebas daripada wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna yang menjadikan ia amat sesuai untuk kegunaan anda yang mempunyai kulit sensitif.

Kelebihan Produk Ini

  • Walaupun memberi kesan agak berminyak pada awalnya, namun ia mudah meresap ke dalam struktur kulit
  • Dapat membantu mencerahkan kulit muka anda
  • Sesuai pemakaian pada bahagian tubuh yang lain terutama sewaktu musim sejuk

Kekurangan Produk Ini

  • Mengambil masa yang sedikit lama untuk meresap, menjadikan ia akan meninggalkan kesan berminyak sejurus selepas digunakan
  • Tidak sesuai dipakai pada waktu siang. Sifatnya yang agak berminyak akan menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak terutama bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak atau kombinasi.
  • Tidak didatangkan dengan sebarang perlindungan terhadap cahaya matahari 

Mengapa Anda Harus Membeli Produk Ini?

Walaupun harga yang ditawarkan agak mahal tetapi masih lagi berpatutan. Hanya sedikit diperlukan untuk setiap kegunaan menjadikan harga yang ditawarkan bersesuaian dengan kondisi krim pelembap yang mampu bertahan sehingga hampir enam bulan. Bekas yang diperbuat daripada kaca yang tebal juga mampu bertahan walaupun terjatuh dari tempat yang tinggi.

PILIHAN #4 TEAM POPKEJU

Simple Protecting Moisture Cream

Simple Protecting Moisture Cream

Rating Kami

Salah satu krim pelembap muka yang menjimatkan kerana disertakan sekali dengan SPF30. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral dan bahan-bahan yang memberi kelembapan pada kulit kusam sambil membantu melindungi kulit muka daripada sinar UVA dan UVB

Kandungan Dalam Krim Pelembap

Krim pelembap ini amat sesuai digunakan samada dengan solekan ataupun tanpa solekan. Dengan ramuan seperti Gliserin dan Allantoin, ia membantu memberi kesegaran kepada kulit sepanjang hari. Ia juga amat sesuai untuk kulit sensitif. Pelembap ini juga mempunyai gabungan pelbagai vitamin seperti vitamin B3 dan E, serta minyak badam. Ia tanpa wangian, tanpa warna serta tanpa kimia keras yang boleh membahayakan kulit apabila dipakai dalam tempoh yang lama.

Cara Penggunaan

Apabila disapu pada kulit, ia amat lembut dan mudah diratakan. Walaupun penggunaan akan memberi kesan berkilat, namun penggunaan bersama bedak kompak mampu mengurangkan kesan tersebut. Didatangkan dalam bekas berbentuk botol pam, ia mampu bertahan sehingga hampir enam bulan bergantung kepada cara pemakaian.

Kelebihan Produk Ini

  • Dalam bentuk botol pam.
  • Amat mudah digunakan dan sentiasa kekal bersih





Kekurangan Produk Ini

  • Akan meninggalkan kesan putih pada permukaan kulit. Jadi ia perlu disapu sehingga meresap dengan sempurna
  • Tidak sesuai kepada anda yang mempunyai alahan terhadap kekacang kerana mengandungi unsur minyak badam.

Mengapa Anda Harus Membeli Produk Ini?

Selain ditawarkan pada harga yang berpatutan, ia juga mesra kepada anda yang gemar melancong kerana saiznya yang kecil dan fungsi dua dalam satunya yang melembapkan dan dalam masa yang sama memberi perlindungan daripada sinaran matahari. Secara tidak langsung, membantu anda mengurangkan barangan kelengkapan diri yang perlu dibawa bersama.

PILIHAN #5 TEAM POPKEJU

Bio Essence Bio-Hydra Aqua Moisturizing Gel

Bio Essence Bio-Hydra Aqua Moisturizing Gel

Rating Kami

Apabila kulit kurang kelembapan, ia akan menjadi kusam dan kasar. Dengan tekstur gel ultra-ringan, gel pelembap ini pantas meningkatkan kelembapan kulit dengan menggantikan dan mengekalkan mineral dan nutrien pada kulit, sekaligus menjadikan kulit kelihatan segar dan lembap.

Kandungan Istimewa

Ia mengandungi Hyaluronic Acid yang menggantikan secara intensif kelembapan kulit dan berkemampuan mengekalkan kelembapan yang tinggi menjadikan kulit lembap dan anjal. Power Nano Hyaluronic Acid pula merupakan molekul penghidrat bersaiz nano yang mampu diserap dengan pantas dan mudah ke dalam lapisan kulit menjadikan kulit sentiasa lembap. Bahan istimewa alga marin yang didapati jauh ke dasar laut Pulau Jeju, Korea, membantu melawan tanda-tanda penuaan, meningkatkan keanjalan sambil melembapkan kulit muka anda.

Kecekapan Gel Pelembap

Ditambah dengan Bio-Energy Complex, yang meningkatkan kecekapan bahan penghidrat untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Ia juga telah ditambah dengan tiga alga marin yang mampu menghidrat, kemudian diserap oleh kulit untuk memperkaya dan memerangkap nutrien dan mineral semulajadi. Pelembap ini juga mampu mengawal rembesan minyak dan menyihatkan kulit dengan kehadiran nutrien herba dan sekaligus membantu menambahbaik kondisi kulit anda. Ia digunakan selepas mencuci dan sapuan toner pada kulit muka. Diurut secara gerakan membulat sehingga ia diserap secara keseluruhan oleh kulit muka anda.  

Kelebihan Produk Ini

  • Mudah meresap dan meninggalkan kesan lembap pada kulit muka
  • Sesuai untuk penggunaan siang atau malam

Kekurangan Produk Ini

  • Menyebabkan rasa pedih pada anda yang berkulit wajah berjerawat yang serius.

Mengapa Anda Harus Membeli Produk Ini?

Rangkaian produk Bio Essence adalah pada harga yang berpatutan di pasaran. Pelbagai rangkaian Bio Essence dapat digunakan bersama tanpa kesan sampingan. Krim yang mudah meresap ini juga hanya dipakai dalam kuantiti yang sedikit bagi satu-satu masa. Jadi tempoh hayat lebih lama sehingga 3 bulan, bergantung pada kekerapan penggunaan.

Kesan Tidak Menggunakan Pelembap Muka

Setiap daripada anda mempunyai jenis kulit yang berlainan. Ada yang mempunyai kulit kering, ada yang berminyak dan ada mengalami kulit yang sensitif. Namun tidak dinafikan ada segelintir yang beruntung, mempunyai kulit yang normal yang seimbang kelembapannya. Anda yang mempunyai kulit jenis kering adalah yang paling teruk terkesan sekiranya mengabaikan penggunaan pelembap muka terbaik dan berkesan. Kulit ini terhasil adalah disebabkan kekurangan penghasilan sebum atau lembapan semulajadi oleh kulit.    

Tanpa penggunaan produk pelembap tambahan, kulit akan mudah merekah dan pecah, gatal-gatal, mengelupas dan kemerahan. Muka akan menjadi kusam dan terdapat garis halus serta lebih kasar walaupun anda masih di usia yang muda. Anda yang mempunyai kulit berminyak pula akan mengalami masalah yang berlawanan. Kulit muka anda akan menghasilkan lebihan minyak.

Lebihan minyak ini akan memerangkap kotoran dan habuk yang membawa kepada liang pori tersumbat. Situasi ini akan menyebabkan mudahnya berlaku jerawat. Untuk anda yang berkulit normal, sekiranya tiada penjagaan rapi, anda tetap akan mengalami situasi yang hampir sama namun pada kadar tidak terlalu serius. Namun harus tidak dibiarkan penjagaan kerana situasi akan memburuk sekiranya tidak debendung.

Tip Penggunaan Pelembap Muka

Anda disarankan menggunakan pelembap muka selama tiga minit sesudah mandi atau seusai mencuci muka.

Tip #1

Kepada anda yang mempunyai kulit jenis kering dan inginkan pelembap anda berfungsi secara berkesan, gunakan pelembap sejurus selepas mandi atau memcuci muka. Ini kerana pada waktu ini liang roma luas terbuka dan pelembap akan mudah diserap. 

Tip #2

Pelembap muka terbaik mempunyai aroma lembut yang menyegarkan anda. Kulit akan merasa segar sejurus penggunaan. Ia juga tidak akan meninggalkan kesan berminyak pada kulit muka anda. 

Tip #3

Pelembap muka terbaik tidak akan merengsakan dan menyebabkan iritasi pada kulit. Anda juga tidak akan merasa panas atau terbakar pada permukaan kulit muka anda. 

Tip #4

Bagi anda yang mengalami masalah kulit berminyak yang serius dan mudah dinaiki jerawat, penggunaan pelembap yang berasaskan air mungkin bersesuaian. Anda juga harus menggunakan bersama kertas serap minyak ataupun blotting paper.

Tip #5

Jangan menggunakan Pelembap tubuh/badan pada bahagian muka anda. Ini kerana formulasi bagi pelembap tubuh badan dan formulasi pelembap muka adalah berbeza. Kulit muka lebih lembut dan sensitif memerlukan formulasi yang lebih lembut dan lebih istimewa. Pelembap yang mempunyai SPF juga amat baik bagi perlindungan daripada cahaya matahari. Formulasi dengan vitamin E pula boleh melawan kedutan di wajah. 

Kulit Muka Jenis Berminyak Tidak Memerlukan Pelembap Muka?

Ada yang mengatakan anda yang mengalami masalah kulit jenis berminyak tidak perlu menggunakan pelembap muka. Ini kerana dikatakan kulit akan menjadi lebih berminyak dan lebih berisiko tinggi mengundang pori tersumbat. Namun in hanyalah mitos semata-mata. Penggunaan pelembap muka amat dimestikan kepada anda semua yang mempunyai pelbagai jenis kulit.

Kulit berminyak bukanlah bererti kulit anda telah cukup kelembapannya. Ini kerana sewaktu membersih muka, minyak tersebut turut sama ditanggalkan. Kelenjar pengeluar minyak akan mengesan tahap kelembapan yang amat rendah itu dan akhirnya menyebabkan ia akan merembeskan minyak secara berlebihan.

Penggunaan pelembap sejurus selepas mencuci muka secara konsisten akan menyebabkan kelenjar minyak berada dalam keadaan rehat dan tidak teransang kerana kondisi permukaan kulit yang telahpun melembap.

Tip-tip Untuk Menjadikan Kulit Kurang Berminyak

#1 Elakkan Terlalu Kerap Mencuci Muka

Elakkan sentiasa merangsang kelenjar minyak supaya ia tidak menghasilkan minyak secara berlebihan.

#2 Elakkan Makanan Pedas dan Berminyak

‘You are what you eat’. Jadi makan makanan berminyak akan menyebabkan kulit turut sama berminyak. Makanan pedas pula akan menjadikan anda berasa panas dan cepat berpeluh. Pada kondisi ini kelenjar minyak akan turut bekerja secara aktif.

#3 Elakkan Stress Melampau

Pada waktu ini kondisi kelenjar minyak adalah sama seperti situasi apabila makan makanan pedas. Kelenjar minyak amat aktif bekerja dan menyebabkan terembesnya minyak secara berlebihan.

#4 Gunakan produk yang tidak meninggalkan kesan berminyak.

Pelembap berasaskan air dan formulasi semulajadi amat bersesuaian dengan kulit muka berminyak. Kuantiti penggunaan juga perlulah sentiasa optimum. Cukup sekadar ia rata pada seluruh kulit dan menyerap tanpa meninggalkan kesan berminyak atau melekit.

Kesimpulannya

Selain mencuci muka, melembapkan kulit muka juga adalah satu proses wajib tanpa mengira jenis kulit muka. Pelbagai jenis pelembap yang berada dipasaran yang boleh anda pilih. Namun harus diingatkan untuk memahami kondisi dan jenis kulit muka anda sebelum membuat pemilihan. Anda juga seharusnya peka dengan perubahan yang berlaku kepada kulit muka anda apabila menggunakan satu-satu pelembap.

Walaupun mendapat maklum balas positif terutamanya melalui media sosial, ia tidak semestinya akan turut memberi kesan positif terhadap kulit muka anda. Apa yang penting fahami kulit muka anda dan pastikan anda mengikut prosedur yang betul dalam menggunakan sesuatu produk misalnya perlu mencuci muka dahulu sebelum menggunakan pelembap.    

Jangan hanya mementingkan apa yang anda guna pada luaran seperti pelembap muka terbaik dan mahal harganya. Makan makanan yang seimbang juga amatlah penting bagi memastikan pelembap yang digunakan memberi impak yang terbaik terhadap kulit muka anda.

Kami harap artikel ini dapat membantu anda memilih pelembap muka terbaik untuk diri anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top