Mop Lantai Terbaik Untuk Lantai Rumah Anda

Mop Lantai Terbaik

Pada masa anda berada di rumah dan tidak bekerja, sudah tentu anda mahu melihat rumah anda cantik, lantai berkilat dan tersusun rapi seperti rumah baru.

Tetapi bagaimanakah caranya untuk memastikan rumah anda dapat kelihatan baru dan cantik? Pokoknya terdapat pada keadaan lantai di rumah anda.

Sekiranya lantai di rumah anda kelihatan kotor dan berdebu, sudah tentu akan ada rasa ketidakselesaan untuk anda mendiaminya.

Di dalam artikel ini, kami ingin menitikberatkan soal pembersihan di dalam rumah dan secara spesifiknya, pembersihan lantai di dalam rumah yang boleh anda lakukan sendiri menggunakan mop-mop lantai yang terbaik untuk anda pertimbangkan.

Produk-produk yang akan kami cadangkan di bawah semuanya boleh didapati di Lazada sekaligus menghilangkan kerisauan anda untuk pergi ke supermarket berdekatan untuk mendapatkannya. Baiklah, untuk tidak membuang masa lagi, mari kita terus zoom ke produk-produk tersebut!

5 Mop Lantai Terbaik Untuk Rumah Anda

Reviu Mop Lantai Terbaik

PILIHAN #1 TEAM POPKEJU

Black & Decker Steam Mop FSM1605

Black & Decker Steam Mop FSM1605

Rating Kami

Produk ini dihasilkan oleh syarikat Black & Decker.

Mop ini dilengkapi dengan aliran yang bertekanan tinggi menggunakan sistem air panas – ini adalah antara mop lantai terbaik yang boleh didapati di pasaran.

Dan juga, mop ini mampu menyerap segala kotoran yang ada dan di mana sahaja kotoran tersebut berada.

Yang menjadikan cirinya menarik adalah kewujudan tangki penyimpan yang boleh di pasang dan ditanggalkan menjadikan ianya mudah untuk diisi air dan boleh siap digunakan dalam masa cuma 20 saat sahaja.

Untuk menjadikan ia lebih menarik, mop ini juga dilengkapi pemutar Swivel 180⁰ yang di mana ianya digunakan untuk menggerakkan kepala mop di tempat-tempat yang sukar dicapai dan ini sangat-sangat memudahkan kerja anda untuk mengemop di dalam rumah anda.

Kelebihan Produk Ini

  • Sesuai untuk permukaan batu, marble, tile, vinyl, wood dan laminate
  • Tangki air yang boleh ditanggal dan cuma perlu mengisi air di singki
  • Sedia untuk digunakan dalam masa 20 saat sahaja
  • Selamat digunakan di atas permukaan lantai yang keras
  • Pemutar Swivel 180⁰ yang boleh memusingkan kepala mop dan boleh digunakan di sekitar perabot dan ruang-ruang yang sempit
  • Mampu membunuh 99.9% kuman dan bakteria tanpa menggunakan bahan kimia

Kekurangan Produk Ini

  • Pemutar Swivel 180⁰ membuatkan mop ini tidak stabil bila didirikan kerana ia tidak mempunyai mekanisma untuk mengunci kepala mob supaya kekal tegak
  • Mata penyangkut pada mop tidak boleh dibuka atau tutup dan ini menyukarkan proses untuk mengeluarkan kord
  • Kord tidak cukup panjang

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Produk ini telah menerima 21 rating di Lazada pada ketika ini dan rata-rata pengguna telah memberikan maklumbalas yang positif pada produk ini.

Di samping cirinya yang sangat mesra  pada pelbagai lapisan permukaan dan selamat digunakan di permukaan yang keras, ianya juga sangat mudah untuk diguna.

Selain itu, harganya juga berpatutan dan disebabkan Lazada menawarkan potongan-potongan harga yang sangat tinggi, kami sangat mencadangkan produk ini memandangkan harga pasarannya agak tinggi.

PILIHAN #2 TEAM POPKEJU

Microfiber Flat Lazy Mop 360 Spin Floor Mop

Microfiber Flat Lazy Mop Hands Free Wash 360 Spin Floor Mop

Rating Kami

Mop ini tidak memerlukan tangan untuk memerah dan membuang kotoran – ini kerana mop telah dilengkapi dengan fungsi wringer.

Kain mikrofiber yang telah dilengkapkan dengan mop ini sangat berkesan dalam membersihkan kotoran kering, debu, rambut dan kotoran yang lain.

Di samping itu, kain mikrofiber ini juga sangat berkesan untuk air dan boleh digunakan untuk lantai kayu yang keras secara selamat.

Di antara ciri lain bagi mop ini adalah ianya mampu untuk dipusing 360°, di mana ianya sangat berkesan dalam mengemop kawasan yang berada di tepian dan juga untuk mencapai sudut-sudut yang sukar dicapai menggunakan mop biasa.

Kelebihan Produk Ini

  • Mempunyai ciri membersih dan mengering
  • Boleh ditegakkan untuk mengering dan tidak perlu digantung.
  • Sangat mudah untuk disimpan kerana ia menjimatkan ruang serta mengurangkan potensi bakteria untuk membiak
  • Fiber mop yang sangat halus serta mempunyai daya penyerapan yang tinggi
  • Diperbuat daripada keluli tahan karat (stainless steel), pejal dan tahan lama

Kekurangan Produk Ini

  • Faktor reka bentuk yang mungkin akan menimbulkan sedikit kesukaran untuk menarik mop melalui pemeras
  • Produk tidak berjenama OEM

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Produk ini telah menerima sebanyak 50 rating di Lazada pada ketika ini dan kebanyakkan pengguna telah memberikan maklumbalas yang positif pada produk ini.

Dengan kain mikrofiber yang telah dilengkapkan pada mop ini, kerja-kerja membersihkan pelbagai jenis kotoran akan menjadi lebih mudah dan ianya juga terbukti berkesan untuk digunakan untuk mengemop air serta di atas permukaan lantai kayu yang keras.

Selain, cirinya yang membolehkan ianya dipusing secara 360 ° menjadikan ia mop yang mampu untuk membersihkan sudut-sudut tepian serta mencapai bahagian permukaan yang sukar dicapai oleh mop biasa.

Dan yang menjadikannya lebih menarik, anda boleh mendapatkannya di Lazada pada harga hanya RM24.90 setelah potongan daripada harga asalnya iaitu RM49.00.

PILIHAN #3 TEAM POPKEJU

Automatic Rotation Spin Floor Cleaning Roller Mop Sweeper

Automatic Rotation Spin Floor Cleaning Roller Mop Sweeper

Rating Kami

Automatic Rotation Spin Floor Cleaning Roller Mop Sweeper ini ada mop yang 3 di dalam 1 dengan fungsi untuk menyapu,mengemop dan meyimpan kotoran.

Yang menjadikannya menarik adalah kerana ia tidak memerlukan bateri dan boleh untuk disapu terus ke permukaan lantai.

Mop ini berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan kawasan yang berkeluasan besar dengan pantas.

Selain daripada itu, kepala mop yang diperbuat daripada kain mikrofiber direka khas untuk dibasuh dan dibuang.

Sementara itu, segala kotoran yang terkumpul akan disimpan di dalam tong.

Mop direka khas dan sesuai untuk digunakan untuk lantai marmar, jubin licin, kayu dan laminate.

Ia boleh digunakan untuk kegunaan rumah, pejabat, hotel, supermarket, bank, syarikat pembersihan dan sekolah.

Kelebihan Produk Ini

  • Rekaan 3-dalam-1: mengemop, menyapu dan menyimpan kotoran.
  • Mudah untuk digunakan dengan fungsi 360 ° dan hanya perlu di tolak secara perlahan di atas permukaan lantai untuk menyapu kotoran
  • Berus 3-penggelek, nilon berkualiti tinggi
  • Sesuai untuk sebarang permukaan lantai yang keras termasuk kayu, plastic, marble, seramik, simen dan sebagainya, kecuali karpet
  • Tong simpanan kotoran direka untuk ditutup sepenuhnya bagi mengelakkan debu-debut bertebaran
  • Tidak memerlukan bekalan kuasa seperti bateri untuk berfungsi

Kekurangan Produk Ini

  • Produk tidak berjenama OEM
  • Rekaan 3-dalam-1 yang mungkin tidak menjadi pilihan untuk semua orang
  • Harga yang agak mahal

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Produk ini telah menerima 3 rating di Shopee setakat ini dan tidak ada sebarang maklumbalas negatif mengenai penggunaannya.

Di antara ciri-cirinya yang unik di antara produk-produk mop adalah fungsi 3-dalam-1 yang memboleh pengguna menyapu, mengemop dan menyimpan kotoran.

Setakat ini, mop yang lain tidak ada fungsi seperti ini – menjadikan produk ini unik di dalam kategorinya sendiri.

Sekiranya anda merasakan bahawa penggunaan bateri atau bekalan kuasa adalah menyusahkan dan fungsi 3-dalam-1 menyenangkan, maka produk ini sesuai untuk anda.

PILIHAN #4 TEAM POPKEJU

New Style Small Hot Wheels Rotating Mop Hand-Free Hand Wash

New Style Small Hot Wheels Rotating Mop Hand-Free Hand Wash

Rating Kami

Produk ini dihasilkan dengan menjadikan kepala mop mempunyai kebolehan untuk berputar bagi memudahkan urusan anda mengemop.

Mop ini juga menggunakan kain mop yang diperbuat daripada mikro fiber di mana ia berfungsi untuk menyerap bersih segala kotoran dan cecair yang berada di atas permukaan lantai, terutama lantai yang diperbuat daripada marmar dan jubin.

Apa yang berbeza jika dibandingkan dengan Automatic Rotation Spin Floor Cleaning Roller Mop Sweeper ialah kepala mop boleh dicabut untuk dibasuh dan boleh digunakan semula.

Mop ini juga dilengkapi dengan ciri penyimpan sabun di mana anda boleh menentukan jumlah sabun yang hendak digunakan ketika mengemop lantai.

Dan produk ini juga menampilkan ciri reka bentuk yang mesra pengguna di mana pemegangnya datang dalam bentuk yang ringan bagi memastikan kerja mengemop anda lebih mudah tanpa mengeluarkan peluh!

Kelebihan Produk Ini

  • Tidak menggunakan bekalan kuasa seperti bateri serta kerja mengemop menjadi lebih mudah tanpa menggunakan banyak tenaga
  • Design pengering tangan mengelakkan pengguna untuk mengotorkan tangan untuk mengeringkannya.

Kekurangan Produk Ini

  • Bunyi mekanikal pada rotasi pedal gear
  • Batang tidak kukuh

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Produk ini telah menerima 932 rating di Shopee setakat ini dan kebanyakkan maklum balas adalah positif.

Selain daripada sebab mop ini mempunyai kebolehan untuk berputar, mop ini mempunyai ciri yang berbeza kalua hendak dibandingkan dengan Automatic Rotation Spin Floor Cleaning Roller Mop Sweeper di mana kepala mop boleh dicabut untuk dibasuh dan digunakan semula.

Ia juga mempunyai ciri untuk menyimpan sabun yang membolehkan pengguna menentukan jumlah sabun yang hendak digunakan – unik bukan?

PILIHAN #5 TEAM POPKEJU

3M Scotch Brite Single Spin Mop Bucket

3M Scotch Brite Single Spin Mop Bucket

Rating Kami

Produk ini adalah buatan syarikat Scotch Brite dan ini adalah antara mop lantai terbaik di dalam kategori mop single spin.

Beza produk ini kalau hendak dibandingkan dengan produk-produk yang telah dibincangkan di atas adalah ia menggunakan sistem Single Spin di mana segala air yang telah meresap pada kepala mop akan dipusingkan di dalam bucket denga satu pusingan sahaja untuk membuang airnya.

Mop ini adalah antara produk keluaran Scotch Brite yang mudah didapati di pasaran juga adalah kerana cirinya yang mempuyai span yang bertindak agresif ketika mengemop – ia menyerap dan mengikis segala kotoran dan kebasahan di permukaan lantai – ini termasuk kotoran-kotoran degil.

Anda boleh menggunakan bahagian hijau untuk sapuan yang bertindak mengikis dan menanggalkan kotoran-kotoran degil di permukaan lantai; manakala bahagian span yang berwarna kuning digunakan untuk menyerap permukaan basah.

Apabila anda telah selesai menggunakannya, anda cuma perlu membilasnya di dalam baldi yang telah disertakan sewaktu pembelian produk ini.

Kelebihan Produk Ini

  • Kepala mop yang diperbuat daripada mikrofiber disertakan dengan baldi bersaiz mesra pengguna
  • Fungsi spin untuk mengering dan spin untuk membasahkan mop
  • Sesuai digunakan untuk pelbagai jenis permukaan lantai di dalam rumah termasuk permukaan lantai yang keras dan juga cermin.
  • Spin untuk mengering dan spin untuk membasah di dalam satu baldi
  • Ciri mikrofiber istimewa daripada 3M untuk menyerap air dan memerangkap debu secara efisien
  • Kepala mop telah direka khas untuk mencapai sudut-sudut tajam dan sudut-sudut yang sukar dicapai

Kekurangan Produk Ini

  • Saiz baldi yang besar tetapi ruang untuk mengisi air sangat kecil – ini menyebabkan pengguna perlu menukar air berkali-kali
  • Untuk spin mengering, maklumbalas daripada pengguna mengatakan yang ia memerlukan kekuatan tenaga yang banyak

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Produk ini adalah buatan syarikat Scotch Brite dan ini adalah antara mop lantai terbaik di dalam kategori mop single spin.

Beza produk ini kalau hendak dibandingkan dengan produk-produk yang telah dibincangkan di atas adalah ia menggunakan sistem Single Spin di mana segala air yang telah meresap pada kepala mop akan dipusingkan di dalam bucket dengar satu pusingan sahaja untuk membuang airnya.

Mop ini adalah antara produk keluaran Scotch Brite yang menonjol dek kerana cirinya yang mempuyai span yang bertindak agresif dan mampu menyerap air ketika mengemop.

Ia mempunyai dua bahagian untuk kerja-kerja mengemop:

  1. Bahagian hijau untuk mengikis dan menanggalkan kesan-kesan degil
  2. Bahagian kuning atau span untuk menyerap air

Panduan Membeli Mop Lantai

Bagi untuk membeli mop lantai terbaik bukanlah mudah, tetapi, kami di sini ingin membimbing anda untuk memilih mop lantai terbaik mengikut bajet dan kegunaan anda.

Di bawah ini, anda boleh membuat semakan tentang bagaimanakah faktor-faktor yang anda harus pertimbangkan sebelum membeli mop yang mengikuit kehendak dan cita-rasa anda.

Perbezaan antara kering dan basah

Adakah anda sedang mencari mop untuk mengemop permukaan lantai kayu yang keras atau hendak membersihkan tile secara terperinci?

Mop kering adalah sangat sesuai dan dicadangkan untuk permukaan lantai yang keras dan kesat.

Manakala, mop basah pula sangatlah efektif dalam membersihkan kekotoran yang berskala besar serta memastikan lantai tile kelihatan bersih dan bersinar.

Sesetengah mop yang berkepala leper direka yang di mana kebanyakkannya diperbuat daripada mikrofiber adalah untuk mop kering dan basah.

Penyelenggaraan

Sila pastikan samada mop yang hendak digunakan mempunyai ciri-ciri kepala mop yang boleh dibasuh menggunakan mesin – di mana ia lebih mudah dibersihkan.

Ini adalah mudah untuk dilakukan sekiranya kepala mop menggunakan mikrofiber, tetapi, bagi jenis kepala yang diperbuat daripada bahan seperti span adalah agak sukar sedikit untuk dibasuh.

Sebagai tambahan, ianya disarankan untuk mempertimbangkan kos untuk menggantikan kepala mop untuk apa sahaja jenis mop yang anda pilih.

Mekanisma Wringing

Cara yang betul untuk membersihkan lantai secara efektif bergantung kuat pada jumlah kelembapan yang ada pada mop anda.

Terdapat pelbagai mekanisma wringing untuk membantu ada dalam hal ini and sesetengahnya lebih mudah untuk digunakan.

Wringer dalam baldi selalunya akan melakukan keras untuk anda dan mengelakkan anda daripada terkena air; manakala mop yang direka dengan wringer manual akan memerlukan anda untuk memusingkan atau menarik bagi tujuan memerah air keluar.

Soalan-Soalan Tentang Mop Lantai

Apakah mop yang terbaik untuk digunakan pada permukaan lantai kayu yang keras?

Terdapat pelbagai jenis mop yang boleh anda gunakan pada permukaan lantai anda; ianya sukar untuk memilih satu yang paling spesifik.

Secara amnya, permukaan lantai kayu memerlukan kaedah yang teliti apabila menggunakan air, jadi mop basah mungkin tidak sesuai untuk digunakan pada permukaan tersebut.

Mop kering adalah lebih sesuai digunakan pada permukaan lantai kayu yang keras; tetapi, anda harus mengemop dengan lebih daripada biasa bagi mengelakkan timbunan kotoran dan debu.

Berapa kerap kita harus mengemop lantai?

Berapa banyak kali anda harus mengemop lantai bergantung kepada besar mana rumah anda dan juga seberapa banyak pembersihan yang perlu anda lakukan pandai lantai setiap kali.

Sesetengah bilik memerlukan perhatian yang lebih daripada yang lain.

Bilik air memerlukan pembersihan yang menyeluruh setiap sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Bolehkah kita menggunakan sabun pencuci pinggan untuk mengemop lantai?

Ya, anda boleh menggunakan sabun pencuci pinggan untuk membasuh lantai anda; melainkan, lantai kayu.

Anda boleh menyediakan solusi pembersihan anda menggunakan sabun pencuci pinggan dan kemudian tuang di dalam bekas untuk mop anda.

Di dalam proses penyediaan, tuang sabun pencuci pinggan it ke dalam air panas atau suam.

Dalam pada anda mengemop lantai, anda harus menggunakan pad yang kecil untuk mengelakkan calar ketika membersihkan ruang sudut.

Hasilnya adalah lantai yang bersih sama sahaja seperti jenama kegemaran anda untuk mengemop lantai.

Kesimpulannya

Dalam memilih mop lantai terbaik untuk kegunaan permukaan lantai rumah anda atau pun di mana-mana sahaja anda hendak mengemop, memang akan ada pelbagai persoalan yang akan bermain di fikiran anda.

Ini ditambah lagi dengan pelbagai jenis mop yang terdapat di luar sana – sudah sememangnya ia akan menjadi sedikit rumit untuk memilih dan membeli mop lantai terbaik untuk anda.

Sekiranya anda masih merasa was-was untuk memilih produk yang paling sesuai untuk permukaan lantai anda, kami berharap artikel ini dapat membantu anda!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top