Minyak Ikan Terbaik di Malaysia Untuk Kesihatan Anda

Minyak Ikan Terbaik di Malaysia (2020) Untuk Kesihatan Anda

Minyak ikan adalah salah satu makanan suplemen yang paling banyak diambil oleh manusia di seluruh dunia. Ini kerana, minyak ikan terbaik dikatakan mempunyai kadar asid lemak omega-3 yang tinggi. Asid lemak omega-3 mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Namun ia tidak dapat dijana oleh tubuh badan dan hanya boleh didapati daripada pemakanan diet harian. Ini menyebabkan wujudnya industri komersial minyak ikan secara besar-besaran di seluruh dunia.

Dua asid lemak omega-3 yang paling utama ialah Asid Eicosapentaenoic (EPA) dan Asid Docosahexaenoic (DHA). Ikan dengan kadar lemak yang tinggi seperti salmon, sardin dan makerel antara sebahagian ikan yang mempunyai zat omega-3 yang tinggi. Selain ikan, terdapat juga tumbuhan yang mengandungi omega-3 jenis lain yang dinamakan asid Alfa-linolenik. Antaranya seperti minyak kanola, biji chia, biji labu dan walnut. Asid ini juga boleh ditukarkan kepada DHA dan EPA.

Manfaat Omega-3

Asid lemak omega-3 amat penting dalam perkembangan normal tubuh badan, fungsi otak dan mengatasi masalah keradangan. Kurangnya paras omega-3 dalam badan anda akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit  seperti sesetengah kanser, gangguan emosi, artritis, masalah kardiovaskular dan banyak lagi.

Dengan terbuktinya pelbagai manfaat daripada kajian yang dijalankan, menyebabkan ia semakin laris serta menjana berbilion-bilion keuntungan dalam masa yang singkat. Antara promosi yang sering diperkatakan adalah omega-3 mampu melindungi jantung, menjamin kesihatan mental, mengurangkan keradangan serta mampu memanjangkan hayat seseorang. 

Terdapat pelbagai jenama minyak ikan terbaik di pasaran. Namun, anda jangan rambang mata untuk memilih. Berikut adalah lima jenama minyak ikan terbaik yang dapat anda dapati di platform jual beli secara dalam talian popular iaitu Lazada dan Shoppee.

5 Minyak Ikan Terbaik di Lazada dan Shoppee

Reviu Minyak Ikan Terbaik

PILIHAN #1 TEAM POPKEJU

Pristin Concentrated Omega-3 Fish Oil

Pristin Concentrated Omega 3 Fish Oil

Rating Kami

Antara jenama minyak ikan terbaik yang mendapat sambutan yang hebat di farmasi di seluruh Negara. Pernah dinobatkan sebagai minyak ikan nombor satu di Malaysia sejak tahun 2008 sehingga tahun 2013, oleh Nielsen. Satu dapatan kajian daripada Universiti Sains Malaysia (USM) mengatakan ia merupakan minyak ikan yang paling disyorkan oleh ahli farmasi di Malaysia.

Merupakan minyak ikan berkepekatan tinggi yang telah diuji 100% bebas toksik disebabkan OMATECH, satu teknologi penyulingan molekul yang canggih yang berjaya menyingkirkan bahan-bahan berbahaya daripada struktur minyak ikan tersebut. Ia diimport daripada EPAX AS, Norway. Kapsul gel lembut di bahagian luar pula adalah berasal daripada gelatin ikan.

Jaminan Pristin Concentrated Omega-3 Fish Oil

Ia adalah minyak ikan premium, daripada ikan-ikan liar yang terjamin kualitinya. Ia berkepekatan tinggi, tidak mempunyai bahan pengawet tiruan dan tiada salutan bahan sintetik pada kapsul. Ia juga adalah bebas GMO dan bahan-bahan yang terhasil daripada GMO, serta bebas daripada radiasi berbahaya dan bahan kimia toksik. 

Fakta Nutrisi

Setiap gel lembut mempunyai 1200mg omega-3 minyak ikan yang membekalkan EPA, DHA dan Vitamin E (D-Alpha Tocopherol). Setiap kapsul gel lembut mengandungi 660mg total asid lemak omega-3 (396mg EPA dan 264mg DHA). Ia disyorkan kepada golongan dewasa, wanita mengandung dan wanita yang menyusukan bayi.

Kelebihan Produk Ini

  • Mempunyai jangka hayat atau shelf life yang panjang iaitu selama tiga tahun
  • Berstatus Halal dari Jakim
  • Menggunakan kapsul dari gelatin ikan menjadikan ia sesuai untuk semua bangsa di Malaysia

Kekurangan Produk Ini

  • Dos hanya untuk penggunaan dewasa. Tidak sesuai untuk kanan-kanak disebabkan kandungan total asid lemak omega-3 yang lebih tinggi berbanding dos kanak-kanak.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Ia amat berguna bagi anda yang ingin mengekalkan kesihatan badan. Berdasarkan testimoni daripada pengguna, minyak ikan ini juga dikatakan mampu menurunkan kadar tekanan darah tinggi secara pantas tanpa memberi kesan sampingan yang lain. Minyak ikan ini dipek dalam pilihan saiz 30, 60, dan 150 biji kapsul gel lembut. Jadi amat mudah bagi anda yang baru ingin mencuba, untuk membeli botol kecil dahulu bagi mengelakkan pembaziran.

PILIHAN #2 TEAM POPKEJU

Opceden Omega-3 Fish Oil

Opceden Omega-3 Fish Oil

Rating Kami

Minyak ikan daripada laut dalam yang amat kaya dengan asid lemak omega-3 tak tepu menjadikannya sebahagian nutrien penting dalam diet. Dibawa khas dari Lautan Pristine, Norway, ia mengandungi 200mg DHA dan 500mg EPA. Hanya sebiji sehari diperlukan semasa waktu makan.

Kandungan Aktif 

Opceden Omega-3 Fish Oil ini mengandungi 80% asid lemak omega-3, 50% EPA, 20% DHA dan lebih 10% asid lemak omega-3 sihat yang lain. Ia diformulasi supaya dapat dicernakan 15 kali lebih cepat dan kurang berisiko terdedah kepada proses pengoksidaan. Tanpa bahan cemar dan merkuri, ia amat sesuai untuk semua peringkat umur bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan. 

Golongan Sasar dan Dos yang Diperlukan 

Ia disyorkan bagi mereka yang mengalami risiko penyakit kardiovaskular, ketidakselesaan pada sendi, mengalami tekanan kesan daripada gaya hidup dan mengamalkan pemakanan tidak seimbang, mengekalkan kesihatan jantung, otak dan mata, serta mengekalkan kesihatan tubuh badan. 

Bagi anda yang ingin mengekalkan kesihatan secara menyeluruh, dicadangkan untuk mengambil sebiji kapsul sehari semasa makan. Bagi anda yang ingin menjaga kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular disarankan mengambil dua biji kapsul sehari juga semasa makan. Bagi anda yang mengalami kesakitan pada sendi disarankan untuk mengambil sebiji kapsul dua hingga tiga kali sehari. 

Kelebihan Produk Ini

  • Mendapat pensijilan Halal dari Jakim Malaysia
  • Mampu mencantikkan rambut dan kulit

Kekurangan Produk Ini

  • Tidak sesuai untuk penggunaan kanak-kanak. Hanya terdapat dalam dos dewasa

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Dengan harga yang berpatutan, ia juga mempromosikan optimal fat metabolism atau mengoptimumkan metabolisme badan terhadap lemak. Jadi ia juga berfungsi membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat.

PILIHAN #3 TEAM POPKEJU

Shaklee Omega Guard

Shaklee Omega Guard

Rating Kami

Antara minyak ikan terbaik yang terdapat dalam pasaran di Malaysia. Ia mengandungi 120mg DHA dan 182mg EPA bagi setiap satu kapsul gel lembut. Membekalkan 546mg EPA dan 360mg DHA bagi setiap sajian (tiga kapsul bagi setiap sajian). Ia adalah minyak ikan berkepekatan tinggi, diambil daripada ikan-ikan kecil lautan sejuk.

Bagi memastikan kualiti minyak ikan yang dihasilkan, minyak ikan Omega Guard telah menjalani proses penyulingan Triple Molecular Distillation dengan menyingkirkan sebatian merbahaya seperti merkuri, plumbum, kadmiun arsenik dan bahan tercemar lain.

Friend of the Sea

Minyak ikan ini juga diperakui oleh Friend of the Sea, sebuah pertubuhan yang menjamin kelestarian laut dan hidupan di dalamnya. Dengan pengesahan ini, bekalan minyak ikan berkualiti dapat dihasilkan secara berterusan menerusi jenama ini, sambil menjamin hidupan laut yang berkaitan daripada terancam, dan memastikan situasi menang-menang antara jenama, nelayan dan hidupan laut.

Kelebihan Produk Ini

  • Mendapat pengesahan halal daripada Islamic Service of America (ISA). Ia merupakan badan yang mengiktiraf produk yang dijamin halal dan boleh digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Badan ini juga telah diktiraf oleh Jakim Malaysia
  • Dikatakan mampu membantu dalam proses penyembuhan penyakit asma dan semput

Kekurangan Produk Ini

  • Bagi setiap botol hanya terdapat 90 biji kapsul minyak ikan.
  • Harganya juga jauh lebih mahal berbanding minyak ikan terbaik yang lain

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Walaupun harganya agak mahal, namun ia telah mendapat pengiktirafan daripada Friend of the Sea. Ini bermaksud, apabila anda membeli produk ini, bermakna anda juga menyokong pemeliharaan dan pemuliharaan laut dan hidupan di dalamnya. Dalam masa yang sama anda dapat memastikan kelangsungan bekalan produk ini di pasaran.

PILIHAN #4 TEAM POPKEJU

StemLabs Omega-3 Fish Oil

StemLabs Omega-3 Fish Oil

Rating Kami

Mengandungi 120mg DHA dan 180mg EPA. Sumber diperolehi daripada ikan-ikan kecil yang terjamin bebas daripada logam berat iaitu, ikan sardin, ikan bilis dan makerel. Menggunakan teknologi molecular distillation bagi penghasilan minyak berkepekatan tinggi yang lebih tulen tanpa sebarang bahan kimia yang tidak diingini.

Fungsi DHA dan EPA

DHA merupakan komponen struktur prima dalam tisu otak. Ia juga menyokong fungsi otak yang sihat, meningkatkan kesihatan mental dan fungsi kognitif serta mengatur penghantaran dan saraf impuls. EPA pula berfungsi membantu mengurangkan tahap kolesterol, membantu menambahbaik tahap kelikatan darah serta meningkatkan kesihatan jantung. 

Sebagai manusia, anda sebenarnya amat memerlukan omega-3 pada semua peringkat kehidupan. Bagi bayi sehinggalah ke golongan remaja, anda amat memerlukan kebaikan daripada unsur DHA. Manakala bagi golongan dewasa dan ke atas anda lebih memerlukan unsur EPA berbanding DHA. 

Kelebihan Produk Ini

  • Bungkusan botol yang jimat dan ekonomik (360 biji kapsul gel lembut) yang boleh digunakan seisi keluarga
  • Selain diperakui halal oleh New Zealand Islamic Body (FIANZ), ia juga telah mendapat pengiktirafan halal oleh Jakim
  • Tiada bau ikan yang tidak menyenangkan selepas ditelan.

Kekurangan Produk Ini

  • Menyebabkan ketidakselesaan pada perut, loya dan kerap sendawa sekiranya diambil semasa perut kosong.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Dengan harga yang amat berpatutan serta lebih ekonomik ia amat sesuai bagi anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Ia juga dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah anda yang sukar tidur atau mengalami tidur yang terganggu.

PILIHAN #5 TEAM POPKEJU

Swisse Odourless High Strength Wild Fish Oil

Swisse Odourless High Strength Wild Fish Oil

Rating Kami

Diformulasi berdasarkan kajian saintifik untuk menyokong kesihatan tubuh badan secara optimum, Ia mengandungi 270mg EPA dan 180mg DHA. Lapisan kapsul gel lembut berperasa vanila membantu menutup bau kurang menyenangkan daripada minyak ikan.

Dos Terbaik Mengikut Fungsi Penggunaan 

Bagi fungsi jantung ambil sebiji minyak ikan sehari. EPA dan DHA berfungsi menjaga fungsi jantung yang sihat. Bagi fungsi otak dan penjagaan mata, ambil dua kapsul sehari. Bagi ibu mengandung dan menyusukan bayi pula ambil dua kapsul sehari. Ia membantu perkembangan otak dan mata fetus, dan bayi yang disusukan. Bagi mengekalkan kestabilan mood dan emosi ambil empat kapsul sehari.

Bagi anda yang ingin mengimbangi kadar trigliseride yang sihat, ambil 5 biji setiap hari. Bagi kanak-kanak berumur satu hingga 12 tahun, amalkan satu kapsul sehari. Namun anda perlu mendapatkan nasihat doktor bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan pada tubuh anak anda.

Kelebihan Produk Ini

  • Tanpa bau yang tidak menyenangkan
  • Tiada rasa atau bau ikan selepas ditelan

Kekurangan Produk Ini

  • Tiada pengiktirafan status halal daripada mana-mana badan pengiktiraf halal dunia
  • Kapsul gelatin yang diperbuat daripada bovine (lembu). Jadi status halal bagi minyak ikan ini amat diragui bagi kegunaan pengguna Muslim.
  • Mempunyai kapsul gel lembut yang lebih besar mungkin akan memberi masalah kepada sebahagian daripada anda semasa menelan.
  • Kanak-kanak mungkin menghadapi masalah dalam pengambilan memandangkan saiz kapsul yang besar. Disarankan untuk mencampur minyak ikan ke dalam susu atau bijirin sarapan mereka. Pun begitu, ia mungkin menyebabkan kesukaran untuk makan kerana sedikit bau yang terhasil dan tekstur yang berminyak.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Ramai daripada testimoni mengatakan, selain membantu dalam memberi kesihatan secara fizikal, ia juga dapat membantu meningkatkan kesihatan emosi dan mengurangkan tekanan akibat daripada masalah harian. Setiap botol mengandungi 400 biji kapsul, jadi ia tahan lama walaupun digunakan oleh seisi keluarga.

Mengapa Minyak Ikan Penting

Tubuh badan anda setiap hari, memerlukan asid lemak omega-3, vitamin A, E, D dan pelbagai nutrien lain. Unsur-unsur ini dijumpai dalam makanan yang dimakan. Namun sayangnya, akibat kurangnya pengambilan makanan berzat dan ketiadaan sumber-sumber terbaik bagi membekalkan unsur-unsur tersebut, menjadikan anda memerlukan suplemen minyak ikan terbaik bagi mendapatkan semula unsur-usur yang diperlukan oleh tubuh badan.

Menurut badan-badan kesihatan dunia, jumlah minimum asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh tubuh badan adalah sebanyak 250mg. Manakala jumlah optimum yang diperlukan adalah sebanyak 1000mg sehari.

Melalui pemakanan, angka tersebut amat sukar untuk dikira. Akan tetapi, sekiranya anda mengamalkan makan makanan suplemen minyak ikan, anda mampu mengira jumlah yang telah anda ambil berdasarkan nilai yang tercatat pada label. Namun diingatkan supaya anda tidak makan lebih daripada nilai maksimum harian yang dibolehkan iaitu 8000mg.

Bahaya Berlebihan Omega-3

Bagi lelaki yang mempunyai kadar asid lemak omega-3 yang tinggi dalam darah, disebabkan pengambilan secara berlebihan daripada amalan makan makanan tambahan, berisiko 2.5 kali ganda mendapat kanser prostat. Kajian juga mendapati bagi anda yang mengambil omega-3 melebihi tiga gram sehari akan membawa kepada ketidakselesaan kepada perut dan mengganggu sistem pencernaan.

Selain itu, pengambilan omega-3 melalui makanan suplemen minyak ikan melebihi kadar tiga gram sehari juga, dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya pendarahan, bagi anda yang juga pada masa yang sama mengambil ubat antikoagulan atau ubat cair darah, bagi merawat masalah sakit jantung, walaupun dikatakan peratusannya adalah kecil.

Oleh itu, perlu dipastikan pengambilan minyak ikan perlulah mengikut dos yang dianjurkan ataupun berdasarkan nasihat daripada doktor. Amalan makan makanan laut seperti ikan dua kali seminggu ataupun dalam anggaran 113gram, dapat mengurangkan risiko kepada sakit jantung serta kematian akibat gangguan kardiovaskular.

Kajian Awal Dunia

Pada peringkat awal kajian dunia, saintis Denmark mendapati kadar penyakit kencing manis dan arteri koronari adalah rendah bagi orang asli Greenland di mana diet utama harian mereka adalah berasaskan ikan. Pelbagai kajian kemudiannya dilakukan dan mendapati asid lemak omega-3 tak tepu terutamanya DHA dan EPA sebagai antara penyelesaian masalah kesihatan seperti jantung. 

Penemuan demi penemuan menunjukkan bahawa omega-3 yang terdapat pada ikan dapat mengurangkan kadar trigliserida dalam darah yang berpotensi bagi menurunkan risiko masalah kesihatan seperti kanser dan sakit jantung.

Rakyat Amerika Syarikat Tidak Gemarkan Ikan

Namun begitu rakyat Amerika Syarikat dikatakan tidak gemar makan ikan terutamanya yang berminyak kerana tidak menyukai rasanya ataupun kerana ikan mempunyai bau yang kuat. Ada juga yang mengatakan ikan terlalu mahal harganya dan sukar untuk dimasak.

Dari situ peluang telah dimanfaatkan oleh industri makanan suplemen dengan menghasilkan kapsul minyak ikan yang dapat memberikan faedah yang sama dengan hanya terus menelan. Industri diperbaiki dari semasa ke semasa. Pelbagai cara diambil untuk mengurangkan lagi bau busuk minyak tersebut.

Kajian lebih Komprehensif Berhubung Minyak Ikan

Beberapa tahun kebelakangan, pelbagai kajian komprehensif telah dijalankan disebabkan saintis berpendapat terdapat isu salah faham dalam perkembangan industri ini. Ini kerana pada peringkat awal kajian yang dijalankan adalah berkenaan pengambilan ikan dan bukannya minyak ikan.

Terdapat kebimbangan bahawa minyak ikan yang dijual mungkin tidak mencapai dos minyak ikan sama seperti tertulis pada label. Pada 2014, saintis di Australia dan New Zealand mendapati 29 minyak ikan yang dijual tidak mencapai nilai DHA dan EPA yang tertulis pada label. 2/3 daripada sampel yang diambil didapati mengandungi 67% kurang DHA dan EPA seperti dipaparkan.

Ketidakpatuhan Semasa Produksi

Kadar yang berkurangan ini mungkin disebabkan oleh minyak ikan yang terdedah kepada udara menyebabkan pengoksidaan berlaku dan mengurangkan kepekatan DHA dan EPA dalam produk tersebut. Sesetengah cairan gel bagi kapsul minyak ikan telah ditambah perisa bagi mengurangkan bau busuk minyak ikan yang telah teroksida. Pada situasi ini anda mungkin telah membayar harga yang lebih tinggi berbanding khasiat yang anda akan dapat dari minyak ikan tersebut

Kesimpulannya

Pelbagai kajian masih perlu dijalankan bagi menentukan keberkesanan penggunaan minyak ikan terbaik terhadap kesihatan seseorang individu. Namun sebagai pengguna, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengamalkan diet pemakanan seimbang dan mengamalkan makan sumber makanan yang tinggi dengan omega-3.

Pun begitu, setiap apa tindakan yang anda ambil terutamanya dari segi pemakanan makanan tambahan perlulah disertakan dengan patuh kepada nasihat doktor dan tidak berlebih-lebihan. Mereka lebih mengetahui kondisi badan anda berbanding diri anda sendiri. Ingat, kekurangan atau terlebih nutrien tertentu akan membawa kemudaratan kepada diri anda. Apa yang penting setiap pengambilan diet harian dan makanan tambahan terutamanya minyak ikan perlulah dalam kuantiti yang optimum.

Kami harap artikel ini dapat membantu anda memilih minyak ikan terbaik untuk diri anda dan keluarga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top