Makanan Kucing Terbaik Untuk Si Bulu Anda

Binatang comel bernama kucing ini memang merupakan sebahagian penting dalam hidup kita. Malah anak-anak bulu ini ditatang dan dilayan seperti anak-anak sendiri. Jadi tidak keterlaluan jika ada mak-mak bulu dan bapak-bapak bulu di luar sana yang amat prihatin tentang diet dan pemakanan anak bulu mereka.

Ada banyak aspek yang perlu anda pertimbangkan sewaktu memilih makanan untuk kucing anda. Terdapat banyak pilihan makanan kucing di luar sana dari yang murah ke mahal, dari yang kering ke basah, dan dari yang dalam paket hingga ke dalam tin. Tak lupa juga pelbagai snek dan jajan. Tapi mana satu yang betul-betul bagus untuk si bulu?

Di sini kami memudahkan pencarian anda dengan membuat ulasan bagi 5 produk makanan kucing terbaik yang boleh didapati di pasaran berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Harap-harap dapat membantu anda dalam membuat keputusan memilih makanan yang terbaik untuk si bulu anda.

Semua produk yang kami cadangkan boleh didapati di laman web atas talian seperti Shopee dan Lazada. Jadi jangan risau jika anda tidak  dapat mencari produk tersebut di kedai haiwan peliharaan ataupun di pasar raya. Anda boleh sahaja membeli belah produk berkenaan terus dari atas talian. Pilihlah mana-mana yang kena dengan kehendak dan bajet anda.

5 Makanan Kucing Terbaik di Lazada dan Shoppee

Reviu Makanan Kucing Terbaik

PILIHAN #1 TEAM POPKEJU

Hill's Science Diet Adult Indoor

Hill's Science Diet Adult Indoor

Rating Kami

Produk makanan kucing ini dikeluarkan oleh Hill's Pet Nutrition. Kandungan makanan seimbang yang terdapat dalam Hill's Science Diet Adult Indoor merupakan hasil formulasi lebih daripada 220 doktor haiwan, saintis dan pakar pemakanan haiwan peliharaan.

Ianya sesuai untuk si bulu anda yang berumur antara 1 hingga 6 tahun dan yang tinggal di dalam rumah. Kebiasaannya, si bulu yang tinggal di rumah kurang aktif kerana persekitaran si bulu yang terhad. Jadi perlu untuk si bulu mengambil makanan yang tinggi serat untuk melancarkan proses penghadaman

Bahan utama produk adalah daging ayam, bijirin penuh, tepung gluten jagung, dan serbuk selulosa. Untuk mengenakkan rasa biskut, hati ayam dan perasa semula jadi ada digunakan.

Terdapat juga beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam kandungan biskut seperti kacang pis, epal, cranberry, lobak merah dan brokoli. Untuk setiap cawan biskut, terdapat 319 kalori di dalamnya.

Kelebihan Produk Ini

  • Bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini berkualiti tinggi dan natural tanpa pengawet, pewarna dan juga perasa tiruan.
  • Kandungan produk ini bernutrisi tinggi dan kaya dengan antioksidan dan vitamin yang diperlukan untuk menguatkan sistem imun si bulus.
  • Mempunyai kandungan protein berkualiti tinggi untuk pembinaan otot si bulus.
  • Mempunyai serat semula jadi yang membantu pencernaan dan mengurangkan bau najis si bulu.

Kekurangan Produk Ini

  • Harganya agak mahal.
  • Kandungan karbohidratnya agak tinggi.
  • Mempunyai kandungan bijirin yang tidak sesuai untuk kucing berperut sensitif.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Hill's Pet Nutrition merupakan jenama yang amat terkenal dalam industri makanan haiwan peliharaan. Mereka mendakwa yang mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang memenuhi standard kualiti yang ketat. Setiap bahan diperiksa teliti bagi memastikan keselamatan dan kecukupan nutrisi di dalam kandungan produk.

Produk jenama ini boleh dikatakan produk wajib ada di mana-mana klinik haiwan. Doktor haiwan di seluruh dunia banyak mengesyorkan produk ini untuk haiwan kesayangan berbanding dengan makanan kucing jenama lain.

PILIHAN #2 TEAM POPKEJU

Hill's Prescription Diet Feline Urinary Care Chicken

Hill's Prescription Diet Feline Urinary Care Chicken

Rating Kami

Hill’s Prescription Diet merupakan satu lagi produk makanan kucing keluaran Hill's Pet Nutrition. Produk ini khas untuk si bulus yang mengalami masalah jangkitan saluran kencing dan sesuai dimakan oleh si bulus dewasa dan si bulus emas.

Sama seperti manusia, jika diet si bulu tidak seimbang, ianya akan menjejaskan kesihatan si bulu. Makanan tinggi kandungan garam contohnya akan menyebabkan pembentukan kristal dalam sistem perkumuhan si bulu. Jadi produk ini diformulasikan dengan jumlah garam yang rendah dan dapat mengekalkan PH air kencing si bulu di tahap yang sihat.

Daging ayam merupakan bahan utama produk ini, diikuti dengan jagung bijiran penuh, tepung gluten jagung, gandum dan tapai.

Secara keseluruhan, makanan kering ini mempunyai kandungan protein rendah hingga sederhana, lemak sederhana, dan kandungan karbohidrat tinggi. Setiap cawan biskut mengandungi kira-kira 349 kalori.

Kelebihan Produk Ini

  • Bahan utama yang digunakan merupakan daging ayam cincang yang mudah dicerna.
  • Memastikan saluran kencing si bulu berada dalam keadaan yang sihat
  • Kandungan garam dalam produk ini rendah demi menjaga kesihatan buah pinggang si bulu dengan lebih baik.
  • Sesuai dinikmati si bulu selepas pulih dari jangkitan, jadi anda tidak perlu risau untuk menukar produk makanan selepas si bulu sembuh.
  • Diperkayakan dengan antioksidan, kalium sitrat & asid lemak Omega-3.

Kekurangan Produk Ini

  • Harganya agak mahal.
  • Kandungannya tinggi dengan karbohidrat.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Penyakit jangkitan saluran kencing merupakan penyakit yang kerap terjadi di kalangan si bulu disebabkan diet pemakanan mereka yang kurang seimbang. Mineral yang berlebihan mendorong pembentukan batu karang dalam air kencing si bulu. Jadi jika si bulu anda mengalami masalah jangkitan saluran kencing.

Memang perlu bagi anda untuk menukar makanan si bulu kepada yang lebih khusus. Produk ini juga mendakwa dapat mengurangkan risiko batu karang berulang sebanyak 89% dan berkeupayaan melarutkan batu karang dan kristal dalam masa 14 hari.

PILIHAN #3 TEAM POPKEJU

Taste Of The Wild Rocky Mountain

Taste Of The Wild Rocky Mountain

Rating Kami

Produk Taste of the Wild Rocky Mountain  ini mempunyai kandungan protein sebanyak 42 peratus. Ianya sesuai dinikmati oleh si bulu pelbagai peringkat umur yang tinggal di dalam rumah ataupun di luar rumah.

Pengeluar produk ini mendakwa yang mereka menggunakan daging sebagai bahan utama dalam pembuatan biskutnya. Daging rusa yang memang jarang dijumpai di dalam produk makanan kucing yang lain dijadikan antara bahan utama dalam formulasi Rocky Mountain selain daripada daging ayam, daging rusa panggang, ikan salmon salai dan sumber ikan laut lain.

Sebagai tambahan, makanan tersebut juga mengandungi protein kacang pis dan kentang yang merupakan sumber protein dari tumbuhan.

Secara keseluruhan, makanan ini tinggi protein dan kandungan karbohidratnya agak rendah jika dibandingkan dengan makanan kering yang lain. Setiap cawan biskut mengandungi 390 kalori.

Kelebihan Produk Ini

  • Mempunyai kandungan protein setinggi 42%.
  • Mengandungi unsur pribiotik yang membantu sistem pencernaan dan menguatkan sistem imun si bulu. Setiap paun Taste of the Wild dianggarkan mempunyai sejumlah 80 juta bakteria baik yang aktif.
  • Produk ini mengandungi Taurine yang merupakan asid amino yang penting untuk mengekalkan kesihatan jantung dan mata si bulu dan asid lemak omega-6 dan omega-3 yang berfungsi mencantikkan bulu.
  • Kaya dengan antioksidan seperti kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan yang membekalkan nutrien dan juga vitamin kepada si bulu.

Kekurangan Produk Ini

  • Mempunyai kandungan bijirin dan protein tumbuhan yang mungkin menyebabkan perut si bulu meragam.
  • Biskut tidak mengandungi kandungan air yang tinggi.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Jika kucing anda agak aktif dan cerewet. Mungkin Taste of The Wild Rocky Mountain merupakan makanan kucing yang sesuai untuk si bulus. Bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini membekalkan tenaga yang mudah diproses, sesuai untuk kucing yang aktif. Kombinasi unik daging rusa panggang dan ikan salmon salai dapat membangkitkan selera si bulu, lebih-lebih lagi yang cerewet. Pastinya mereka makan dengan berselera.

PILIHAN #4 TEAM POPKEJU

ORIJEN CAT & KITTEN

ORIJEN CAT & KITTEN

Rating Kami

Orijen's Food merupakan produk makanan kucing yang berasal dari Kanada. Pengeluarnya mendakwa bahawa produk makanan binatang peliharaan mereka adalah yang terbaik di dunia.

Makanan kucing ini sesuai dinikmati si bulu dari semua peringkat umur. Tak kira si bulu cilik, si bulu remaja, si bulu dewasa ataupun si bulu emas.

Makanan ini mempunyai sumber protein tinggi dari haiwan seperti campuran daging, organ dan tulang rawan unggas, telur ayam dan isi ikan seperti ikan flounder, kembung dan hering. Bahan-bahan ini diproses segar dan disejukkan tanpa bahan pengawet sebelum dihidrasi pada suhu rendah. Terdapat juga kekacang seperti kacang pis, lentil dan kacang buncis di dalam kandungan produk.

Secara keseluruhan, produk ini mempunyai kandungan protein yang sederhana dan kandungan karbohidratnya juga agak rendah. Setiap cawan biskut ini mengandungi kira-kira 463 kalori.

Kelebihan Produk Ini

  • Kandungan campuran protein, karbohidrat, dan mikro nutrien adalah seimbang dan dapat membantu kucing mengekalkan berat badan yang ideal dan sihat.
  • Mempunyai kepadatan nutrien yang tinggi berbanding dengan jenama lain.
  • Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada bahan segar yang berkualiti tinggi seperti daging ayam, daging ayam belanda, ikan dan telur dari ayam yang diternak bebas bagi memastikan kesihatan dan memberi manfaat terhadap sistem pencernaan dan juga saluran kencing si bulu.
  • Kandungan lemak menggalakkan pertumbuhan bulu yang sihat dan cantik.

Kekurangan Produk Ini

  • Mempunyai kandungan kekacang yang mungkin menyebabkan perut si bulu meragam.
  • Kandungan kalori agak tinggi berbanding produk makanan kucing yang lain.
  • Harganya agak sedikit mahal.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Produk ini sesuai untuk kucing aktif yang tinggal di dalam ataupun di luar rumah dan boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Kandungan kalorinya yang tinggi membuatkan ianya sesuai untuk si bulu cilik dan si bulu remaja. Tetapi ianya juga boleh dinikmati oleh si bulu dewasa dan si bulu emas. Cuma mungkin saiz hidangan boleh dikurangkan sedikit.

PILIHAN #5 TEAM POPKEJU

Tiki Cat Born Carnivore Grain-Free

Tiki Cat Born Carnivore Grain-Free

Rating Kami

Tiki Cat Born Carnivore Chicken Luau merupakan sejenis produk makanan kucing kering yang 100% bebas bijirin. Memang terdapat kucing yang mempunyai perut sensitif dan alahan terhadap bijirin. Jadi amat penting untuk si bulu menikmati diet yang tiada bijirin.

Moto Tiki Pets ini amat mudah. Si bulu anda merupakan haiwan karnivor. Jadi sewajarnya makanan kucing yang dimakan si bulu perlulah menepati diet dan keperluan nutrien si bulu itu sendiri.

Daging dan organ ayam merupakan bahan utama dalam pembuatan biskut. Biskut yang dihasilkan adalah dibakar dan kemudiannya dihidrasi.Antara bahan lain adalah produk berasaskan telur dan tepung ubi kayu untuk membantu memberi struktur kepada makanan dan meningkatkan kandungan karbohidrat. Sayuran seperti labu, kangkung, bayam, lobak merah dan makanan super seperti  biji rami dan minyak salmon juga ditambah sebagai sumber, asid lemak omega-3.

Secara keseluruhan, produk makanan kucing ini mempunyai protein yang tinggi dengan kandungan lemak sederhana dan karbohidrat sederhana. Setiap cawan biskut ini mengandungi 495 kalori.

Kelebihan Produk Ini

  • Makanan ini mempunyai bahan berkarbohidrat rendah tetapi kaya nutrien, vitamin, asid lemak dan mineral yang sangat diperlukan oleh si bulu untuk meningkatkan sistem imun dan mengekalkan keaktifan si bulu.
  • Menggunakan daging dan organ ayam yang sebenar tanpa perasa tambahan pewarna tiruan dan juga pengawet.
  • Kandungan protein yang terdapat dalam produk ini setinggi 44%.
  • Menggalakkan pertumbuhan bulu yang cantik dan sihat.
  • Calsium yang terdapat dalam kandungan produk ini dapat menjaga kesihatan gigi si bulu.

Kekurangan Produk Ini

  • Kandungannya agak tinggi karbohidrat berbanding produk makanan kucing yang lain.
  • Mempunyai jumlah kalori yang tinggi berbanding produk makanan kucing yang lain.

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Produk ini sesuai untuk kucing dewasa yang aktif sama ada yang berada di dalam rumah ataupun di luar rumah. Rasa dan baunya juga amat menyelerakan si bulu tidak kira betapa cerewet pun si bulu tersebut.

Panduan Membeli Makanan Kucing

Faktor-Faktor yang perlu dipertimbangkan

Untuk memilih produk makanan kucing yang terbaik dan sesuai dengan diet si bulu anda bukan tugas yang mudah. Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira. Di sini kami lampirkan beberapa faktor yang mungkin anda boleh gunakan sebagai panduan dalam pencarian makanan kucing terbaik untuk si bulu kesayangan anda.

Antara faktor-faktor tersebut ialah:

Umur si bulu

Amat penting untuk si bulu mendapat nutrien yang berpadanan dengan umur si bulu. Si bulu cilik dan si bulu remaja memerlukan makanan kucing yang berprotein dan berkalori tinggi untuk menyokong proses tumbesaran dan membolehkan mereka kekal aktif. Apabila si bulu menginjak dewasa, si bulu sudah mula kurang aktif dan makan berlebihan. Makanan berkalori tinggi bukan lagi menjadi keutamaan. Jika si bulu berterusan makan makanan berkalori tinggi secara berlebihan, ia mungkin mengakibatkan si bulu jatuh sakit kerana diet yang tidak seimbang. Si bulu di usia emas pula perlukan diet tinggi protein yang dapat membantu kekuatan otot-otot yang mula lemah dan kaya dengan serat dan probiotik yang membantu melancarkan sistem pencernaan yang semakin kurang efisien.

Ketahui alahan dan keperluan diet si bulu mengikut baka

Ramai pemilik si bulu yang terlepas pandang faktor ini. Kucing juga seperti manusia, ada alahan dan keperluan diet tersendiri. Baka-baka kucing juga menyumbang kepada faktor keperluan diet yang berbeza. Si bulu secara amnya tidak memerlukan sumber bijirin dan karbohidrat tinggi dalam diet mereka. Tetapi ianya tidak membahayakan si bulu jika dimakan dalam jumlah yang terkawal. Namun ada juga terdapat si bulu-si bulu  yang mempunyai alahan tertentu, terutamanya terhadap bijirin. Jadi amat penting untuk anda mengetahui alahan si bulu anda. Makanan kucing yang bebas bijirin amat baik untuk si bulu yang mempunyai alahan bijirin dan perut sensitif. Memang makanan kucing ini agak mahal berbanding makanan kucing yang lain, tetapi kos rawatan akibat memakan makanan kucing yang tidak sesuai adalah lebih tinggi.

Periksa kandungan protein dan nutrisi dalam produk

Si bulu merupakan haiwan karnivor yang memerlukan diet berprotein tinggi. Sumber protein ini boleh didapati dari sumber haiwan seperti daging lembu, ayam, ayam, atau ikan untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan kesihatan optimum si bulu. Si bulu juga memerlukan nutrien seperti taurin dan asid arakidonik. Nutrien ini hanya terdapat dalam sumber haiwan dan tidak dijumpai dalam sumber berasaskan tumbuhan. Jadi amat penting untuk menyemak kandungan label dan memastikan makanan kucing yang anda berikan si bulu anda mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kandungan nutrien yang diperlukan oleh si bulu.

Dapatkan khidmat nasihat doktor haiwan

Sebelum membeli ataupun memberi apa-apa sahaja produk makanan kucing kepada si bulu anda. Seboleh-bolehnya, anda cubalah meminta nasihat daripada doktor haiwan yang merawat si bulu anda. Sewaktu proses pemeriksaan berkala, rajinkan bertanya jika si bulu anda mempunyai apa-apa masalah kesihatan yang boleh ditambah baik dengan pertukaran diet mereka. Kebiasaannya doktor haiwan akan cuba memberi cadangan tentang produk makanan kucing yang sesuai dengan keperluan nutrisi si bulu.

Soalan-Soalan Tentang Makanan Kucing

Langkah kawalan kualiti apakah yang digunakan pengeluar makanan haiwan peliharaan untuk memastikan kualiti produk mereka?

Syarikat pengeluar makanan haiwan peliharaan mesti mematuhi langkah kawalan kualiti yang digariskan dan memberikan bukti kualiti produk mereka apabila diminta. Antara langkah-langkah tersebut termasuk pengasingan bahan mentah dan produk yang dimasak supaya tidak berlaku pencemaran silang, prosedur pembuatan yang higenik untuk mengelakkan  berlakunya pencemaran patogen atau alergen dan pengujian kualiti makanan sepanjang proses pembuatan.

Bagaimana untuk mengetahui jika si bulu saya mempunyai berat badan berlebihan?

Cuba berdiri di sebelah si bulu dan lihat ke bawah menghadap si bulu. Jika anda dapat melihat tulang rusuk, maknanya si bulu anda mempunyai berat badan ideal. Jika si bulu anda berbentuk bujur, ini bermaksud si bulu anda telah terlebih berat badan. Sila rujuk pada doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tahap kesihatan si bulu.

Apakah maksud "natural" pada label makanan haiwan kesayangan?

"Natural" bermaksud bahan-bahan yang terdapat dalam produk berkenaan tidak mengalami perubahan kimia.

Adakah makanan kucing tanpa bijirin lebih baik daripada makanan yang mengandungi bijirin?

Tidak semestinya.Bijirin merupakan sumber tenaga, vitamin, mineral, serat dan fitonutrien yang sangat baik. Namun terdapat si bulu yang mempunyai alahan terhadap bijirin. Jadi ramai pemilik si bulu yang memilih untuk memberi si bulu produk makanan tanpa bijirin. 

Adakah lemak buruk untuk si bulu?

Terlalu banyak lemak dalam diet si bulu memang boleh menyebabkan kegemukan, tetapi jika diambil tidak berlebihan, ianya akan memberi banyak manfaat kesihatan seperti mengurangkan keradangan, menguatkan sistem imun, menyokong perkembangan otak dan mata dan menjadikan bulu si bulu sihat dan berkilat.

Kesimpulannya

Memilih makanan kucing terbaik untuk si bulu kesayangan memang agak memeningkan kepala. Apatah lagi terdapat pelbagai jenama di luar sana. Jika anda menemui jalan buntu, ingatlah satu perkara yang paling penting iaitu, makanan kucing yang terbaik adalah makanan yang tinggi protein dan tidak mengandungi banyak karbohidrat dan bijirin.

Jadi jika pilihan makanan anda mempunyai protein tinggi, kemungkinan ianya sesuai untuk kucing anda amat tinggi.

makanan kucing terbaik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top