Cat Rumah Terbaik Untuk Mencantikkan Rumah Anda

Cat Rumah Terbaik

Untuk membuat kawasan dalam rumah kita nampak cantik dan menarik, kita haruslah menitikberatkan faktor di dalam rumah itu sendiri – ini termasuk lah warna cat di dalam rumah kita.

Di dalam artikel kami ingin berkongsi cara-cara dan jenama-jenama cat yang mampu mengubah hidup anda serta memberikan rasa kelainan dalam menjalani kehidupan seharian anda.

Untuk memilih warna yang sesuai diakui agak sukar – tetapi, ia lebih mencabar untuk mengetahui di mana hendak bermula dalam menentukan jenama-jenama yang anda hendak gunakan!

Sesetengah daripada jenama-jenama cat yang berada pasaran adalah bagus untuk cat penyudah dan aplikasi, tetapi tidak semua memberikan fungsi penyudah tahan-kulat.

Bagi memudahkan anda untuk memilih jenama cat yang sesuai dengan anda, kami telah membuat penyelidikan dalam menentukan serta mencadangkan jenama-jenama cat yang mampu mengubah hidup anda.

Semua jenama cat ini boleh didapati secara mudah dengan harga yang berpatutan di Lazada, jadi anda tidak perlu risau untuk mencari produk-produk cat rumah terbaik.

Jom kita tengok jenama-jenama cat ini!

5 Cat Rumah Terbaik

Reviu Cat Rumah Terbaik

PILIHAN #1 TEAM POPKEJU

KCC Paint Koresil 400

KCC Paint Koresil 400

Rating Kami

Produk ini dihasilkan oleh syarikat KCC Paint yang berasal daripada Korea.

Syarikat ini terdapat di Malaysia, di mana ibu pejabatnya terletak di Kota Kemuning Selangor.

Koresil 400 5 Litre adalah cat tahan-alkali cecair hidrokarbon menggunakan asas air yang digunakan di dalam plastic.

Ianya rendah di dalam kandungan Volatile organic compounds (VOC), bebas daripada Alkylphenol Ethoxylates (APEO) dan mendapat pengesahan daripada SIRIM.

Penggunaannya disyorkan untuk permukaan dalam dan luar rumah, sesuai untuk konkrit, batu-bata, tembok dan siling; malah ia juga sesuai untuk projek mengecat baru dan menggantikan cat sedia ada.

Cat ini tidak disyorkan untuk diguna bagi melakukan finishing-coat tetapi lebih kepada sealer.

Ianya lebih berkesan jika digunakan bersama finishing coat yang baik.

Kelebihan Produk Ini

  • Ianya mudah untuk digunakan pada pelbagai permukaan daripada konkrit, batu-bata, tembok, siling
  • Sesuai digunakan projek mengecat baru dan juga untuk menggantikan cat sedia ada
  • Harga yang berpatutan

Kekurangan Produk Ini

  • Tidak berapa sesuai untuk dijadikan finishing coat

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Dengan cirinya sebagai cat 5 liter cecair hidrokarbon yang tahan-alkali menggunakan asas air yang digunakan di dalam plastic – penggunannya adalah pelbagai dan antaranya adalah untuk digunakan pada permukaan dalam dan luar rumah, sesuai untuk konkrit, batu-bata, tembok dan siling.

Cat ini juga mengandungi jumlah yang rendah di dalam Volatile Organic Compounds (VOC), bebas daripada Alkylphenol Ethoxylates (APEO) dan mendapat sijil pengesahan daripada SIRIM.

PILIHAN #2 TEAM POPKEJU

KCC Paint Korevon Silk 3228

KCC Paint Korevon Silk 3228

Rating Kami

Produk ini juga dihasilkan oleh syarikat KCC Paint yang berasal daripada Korea.

KCC Korevon Silk 3228 ini adalah acrylic air yang telah diubah suai dengan finishing satin yang telah dirumus khas untuk menyembunyikan rekahan hairline dan mencantikkan dinding di dalam rumah.

Ianya rendah di dalam kandungan Volatile Organic Compounds, bebas Alkylphenol Ethoxylates (APEO) dan mendapat sijil pengesahan SIRIM Eco-Label

SIRIM Eco-Label. Produk ini digunakan sebagai finishing-coat bagi KCC Paint Koresil 400 Wall Sealer. Penggunaannya adalah untuk di dalam rumah sesuai untuk lapisan konkrit, batu-bata, dinding dan siling.

Di samping itu, ianya juga digunakan untuk projek mengecat rumah yang baru dan juga penggantian cat.

Kelebihan Produk Ini

  • Ianya mudah untuk digunakan pada pelbagai permukaan daripada konkrit, batu-bata, tembok, siling
  • Sesuai digunakan projek mengecat baru dan juga untuk menggantikan cat sedia ada
  • Harga yang berpatutan

Kekurangan Produk Ini

  • Tidak berapa sesuai untuk dijadikan stand-alone dan harus dilengkapi dengan produk KCC Paint Koresil 400 Wall Sealer

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Cirinya yang diperbuat daripada acrylic air yang telah diubah suai dengan finishing satin yang dirumus khas untuk menyembunyikan kesan rekahan hairline adalah sangat menakjubkan.

Ini diperlukan bagi permukaan rumah yang banyak kesan rekahan hairline yang tidak dapat ditutup melainkan mempunyai bahan sesuai – produk in mampu untuk merealisasikan matlamat itu!

Mempunyai kandungan Volatile Organic Compounds (VOC), bebas Alkylphenol Ethoxylates (APEO) dan mendapat sijil pengesahan SIRIM Eco-Label.

Sekiranya anda sudah membeli produk KCC Koresil 400, produk ini adalah pelengkapnya.

PILIHAN #3 TEAM POPKEJU

Jotun Paint Majestic Perfect Beauty & Care

Jotun Paint Majestic Perfect Beauty & Care

Rating Kami

Produk ini adalah keluaran Jotun yang berasal daripada Norway.

Jotun Majestic Perfect Beauty & Care Sheen White 5 Litre adalah produk cat premium yang tahan lama – ianya menghasilkan warna-warna yang cantik dan memegunkan, serta membuat rumah anda jadi sihat.

Dinding-dinding di rumah anda akan dicat dengan menghasilkan aura yang lembut dan sempurna.

Ia boleh dikatakan sebagai cat rumah terbaik kerana ia mampu menghasilkan finishing yang tiada bandingnya serta mampu menyembunyikan rekahan secara berkesan.

Produk Jotun ini telah terbukti berkesan dalam mengurangkan penghasilan udara tercemar di samping mengeluarkan bau yang sangat kurang – anda boleh bernafas dengan tenang sambil menikmati pemandangan rumah anda yang telah dicat baru.

Kelebihan Produk Ini

  • Udara rumah yang lebih sihat
  • Warna yang penuh ton dan cantik
  • Menyembunyikan kesan rekahan dengan berkesan
  • Warnanya yang tahan lama serta mudah untuk dibersihkan
  • Sangat kurang mengeluarkan bau
  • Anti-bakteria dan anti-kulat
  • Anti- Formaldehid
  • Warna yang sempurna dalam 2 coats

Kekurangan Produk Ini

  • Harga yang agak mahal
  • Perlu digunakan dengan Jotun Majestic Primer

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Cat ini datang bersama dalam 2 coats – satu untuk sealer dan satu finishing coat. Di samping warna-warnanya yang cantik, ia juga mengekalkan ruang nafas yang bersih dan segar untuk anda seisi keluarga.

Sekiranya masalah kulat dan bau cat yang kuat menjadi masalah untuk pada suatu ketika dahulu – cat ini mampu menangani masalah itu dengan berkesan.

Cat ini juga mampu untuk menenggelamkan kesan-kesan rekahan yang terdapat dinding rumah anda dan kemudian dicat dengan finishing coat untuk menyudahkan kerja-kerja mengecat.

PILIHAN #4 TEAM POPKEJU

Jotun Essence Easy Clean Matt Finish

Jotun Essence Easy Clean Matt Finish

Rating Kami

Satu lagi produk daripada Jotun – Jotun Essence Easy Clean Matt Finish. Secara dasarnya, produk ini mengabungkan gaya dan kepraktisan di dalam satu untuk menjadikan sebarang inspirasi sebagai realiti.

Mulakan dengan primer yang mudah diguna untuk mengecat dinding dan disudahi dengan finishing coats yang datang dengan pelbagai pilihan warna contemporary untuk luar dan dalam bagi mencantikkan setiap sudut di rumah anda.

Dengan produk ini, anda boleh menjangkakan quality dan kebolehpercayaan pada nilai yang luarbiasa. Jotun Essence Easy Clean Matt Finish ini mampu untuk membantu anda mengekalkan dinding-dinding yang cantik di dalam rumah anda.

Dengan ciri boleh basuh, segala kekotoran harian yang anda biasa hadapi juga boleh digilap dan ditanggalkan dengan mudah!

Kelebihan Produk Ini

  • Mudah untuk dicuci
  • Kurang mengeluarkan bau
  • Anti-kulat
  • Kandungan VOC yang rendah
  • Mudah untuk digunakan
  • Bagus untuk menyembunyikan kesan kesan rekahan

Kekurangan Produk Ini

  • Harga yang agak mahal
  • Perlu digunakan bersama Jotun Majestic Primer yang perlu dibeli secara berasingan

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Jotun Essence Easy Clean Matt Finish ini adalah di antara finishing coats untuk cat rumah terbaik yang boleh anda dapati dengan mudah di pasaran. Kemampuannya untuk mengabungkan gaya dan kepraktisan di dalam satu adalah sangat menggagumkan bagi cat finishing.

Tetapi bagi untuk menggunakan produk ini, anda haruslah terlebih dahulu mencari cat primer yang kalau boleh dipadankan dengan produk Jotun Majestic Primer juga bagi memastikan keserasiannya.

PILIHAN #5 TEAM POPKEJU

Jotun True Beauty Matt 5L

Jotun True Beauty Matt 5L

Rating Kami

Dan di dalam subtopik ini kita akan bincangkan dengan lebih lanjut tentang cat primer buatan Jotun yang disyorkan untuk di guna bersama produk-produk finishing coat Jotun di atas.

Majestic Primer adalah EcoHealth primer yang menyediakan dinding-dinding yang lembut dan optimal untuk proses finishing coat.

Produk ini mengandungi kandungan yang sangat rendah dalam VOC; kurang berbau; dan 100% bebas daripada unsur kimia seperti APEO, formaldehyde dan heavy metals; serta mendapat sijil pengiktirafan Singapore Green Label.

Kelebihan Produk Ini

  • Kurang mengeluarkan bau
  • Cepat kering
  • Perlindungan yang lebih kuat terhadap karat
  • Meningkatkan prestasi finishing-coats dari segi penampilan dan ketahanan
  • Mengurangkan kesan rekahan cat

Kekurangan Produk Ini

  • Perlu digunakan bersama finishing-coats yang perlu dibeli secara berasingan
  • Harga yang agak mahal

Mengapa anda harus membeli produk ini?

Seperti dibincangkan di atas, produk ini adalah digunakan untuk melengkapi cat finishing-coats, jadi ianya sememangnya perkara wajib untuk anda membelinya bagi memastikan mutu pengecatan.

Selain daripada itu, cat primer ini menyediakan dinding-dinding yang lembut dan optimal sebelum melakukan pengecatan finishing-coats bagi menyudahkan kerja mengecat.

Panduan Membeli Cat Rumah Terbaik

Samada anda hendak mengecat sendiri ataupun hendak mengupah tukang cat, mengecat melibatkan komitmen masa, wang dan kesungguhan.

Anda harus memastikan percubaan mengecat anda yang pertama boleh bertahan lama kerana anda sudah tentu tidak mahu perkara ini menimbulkan masalah di kemudian hari.

Di antara keputusan penting yang perlu anda ambil adalah untuk memilih dan membeli cat yang berkualiti.

Cat yang berkualiti akan memastikan kerja mengecat anda akan kelihatan bagus dan bertahan lama.

Latex atau Minyak?

Semasa memilih cat rumah, antara perkara yang sering bermain di fikiran anda adalah samada hendak memilih cat latex atau minyak.

Kekeliruan ini telah lama bertapak – semenjak bertahun lama nya, pengecat akan memilih solvent-based (minyak) cat untuk kerja-kerja kayu, trim dan sesetengah bahagian permukaan dalam dan luar kerana solvent-based cat mampu bergerak secara uniform; levelling yang sangat berkesan; boleh digunakan pada permukaan yang tidak disediakan dengan rapi; serta memberikan finishing yang tahan lasak.

Undang-undang baru

Namun sekarang, dengan undang-undang berkenaan pengawalan pencemaran udara telah mengurangkan secara berkesan penggunaan solvent di dalam cat berasaskan minyak.

Malangnya, segelon solvent-based cat mengandungi ¼ daripada gelon bahan mineral spirit. Solvent ini akan kemudian meresap ke udara dan menjadi bahan tidak stabil volatile organic compounds (VOC) – mengakibatkan pencemaran. Panduan hari ini telah secara berkesan mempengaruhi pembuatan solvent-based cat.

Ringkasnya, cat solvent yang mengikut panduan-panduan ini tidak lagi mempunyai kelebihan berbanding cat yang berasaskan air. Malah, ia mengambil masa yang lebih lama untuk mengering; lebih sukar untuk digunakan; serta lebih mahal.

Walaupun cat berasaskan air mempunyai pelbagai tahap solvent yang dikawal, kandungan solvent di dalam cat berasaskan air berada di di bawah tahap yang dibenarkan. Kawalan-kawalan baru ini adalah berita yang baik untuk kebanyakkan orang dan juga alam sekitar.

Kawalan-kawalan baru ini telah menghasilkan teknologi yang lebih bagus daripada dahulu dan finishing cat berasaskan air adalah lebih pelbagai dan efektif kalau hendak dibandingkan dengan lima tahun lepas.

Acrylic Latex yang baik mempunyai lebih pengekalan gloss dan tahan pudar berbanding dengan alkyd. Shades yang lebih pucat berfungsi dengan lebih baik pada tepian aluminium atau vinyl.

Tempat-tempat yang tinggal untuk penggunaan alkyd hanyalah bahagian trim, pintu depan dan mungkin pada tingkap.

Sekiranya masih terdapat coating lama yang berasaskan cat minyak dan finishing semakin pudar atau tidak disediakan dengan baik; ianya mungkin lebih bijak untuk mencari dan menggunakan cat minyak/alkyd yang mematuhi panduan kawalan.

Cat berasaskan latex mungkin menjadi pilihan anda sewaktu mencari cat berkualiti tinggi.

Memahami Kualiti Cat

Cat secara asasnya adalah gabungan pigmen, resin dan carrier. Titanium dioksida adalah pigmen putih utama. Pembuat cat akan menambah pigmen-pigmen lain di dalam kuantiti yang sedikit untuk menambah tint pada warna.

Resin befungsi memastikan sesuatu cat itu berkesan pada permukaan. Carrer pula adalah cecair pengewap yang ditambah pada gabungan ini supaya anda boleh memberus dan menggulungnya – berasaskan air untuk cat latex atau solvent seperti linseed atau soybean untuk minyak.

Cat juga mengandungi bahan tanah liat atau bahan lengai lain untuk mengubah kilauan cat – ia juga mungkin mengandungi solvent sekunder di mana ia membantu dengan kilauan, ciri pengeringan dan sebagainya.

Jumlah dan kualiti setiap kandungan memainkan peranan penting di dalam menentukan sesuatu prestasi cat dan harga.

Sebagai contoh, cat yang penuh dengan titanium dioksida mempunyai ciri-ciri penyembunyi yang kuat, jadi, disebabkan ini ia adalah kandungan yang paling mahal dan lebih mahal di pasaran.

Cat minyak yang menggunakan kandungan yang tidak berbau sebagai carrier juga adalah lebih mahal berbanding dengan solvent-solvent biasa.

Dengan, harga adalah penentu yang baik untuk mengetahui kualiti sesuatu cat itu. Apabila anda membeli cat, belilah jenama-jenama yang dikenali.

Terdapat perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan di antara cat yang murah dan berkualiti tinggi, terutamanya di dalam aspek menyembunyi dan pembasuhan.

Selain daripada anda juga boleh mendapatkan lebih banyak pilihan dalam palet warna. Dan jangan lupa untuk memastikan jaminan pada label – ini adalah benchmark yang biasanya memberikan anda idea yang kasar tentang perbezaan kualiti di antara pelbagai jenis cat

Sesuatu cat mungkin ada satu daripada pelbagai jenis kilauan. Daripada hambar kepada yang berkilau kategori ini adalah: leper, kulit telur, mutiara, satin dan separa gloss. Setiap pembuat cat mempunyai perbezaan yang sedikit dalam segi tahap kilauan setiap kategori.

Penyembunyi Satu Coat

Di antara ciri yang membezakan cat yang bagus adalah liputan atau juga dikenali sebagai “penyembunyi”. Dan apabila label menulis “one coat-hiding”, sila baca cetakan halus untuk memastikan satu coat, bila digunakan tanpa sebarang syarat adalah terjamin.

Cat yang boleh digunakan dengan satu coat, walaupun pada harga premium, adalah sangat berbaloi kerana aspek upah yang dapat dikurangkan – di mana ia boleh mencapai 90% daripada jumlah kos mengecat yang berkualiti.

Bila kita bercakap tentang permukaan luar rumah dan bukan sahaja bilik, penjimatan upah ini sangatlah tinggi!

Faktor penentu untuk memilih penyembunyi yang baik adalah tahap penggunaan titanium dioksida di dalam campuran; lagi banyak kandungan ini digunakan, lagi bagus penyembunyiannya.

Sesetengah cat leper menggunakan filler murah untuk mencapai penyembunyi yang bagus; tetapi malangnya, ciri-cirinya yang lain seperti kebolehkerasan tidaklah memberangsangkan.

Soalan-Soalan Tentang Cat Rumah

Apa itu VOC dan kenapa saya perlu tahu?

Semua cat, varnis, solvent mengandungi Volatile Organic Compound atau VOC. Pendedahan kepada VOC boleh menyebabkan serangan penyakit asma, masalah pernafasan, pedih mata, muntah-muntah dan pening-pening.

Disebabkan faktor-faktor kesihatan ini, terdapat banyak syarikat-syarikat pengeluar cat yang telah mengeluarkan produk cat yang kurang atau tiada langsung VOC.

Bagaimanakah untuk mengetahui sekiranya sesuatu cat itu adalah minyak atau latex?

Pertama sekali, gosokkan kawasan yang kecil dengan solusi detergen barang rumah dan air panas. Bilas dengan baik dan keringkan dengan tuala.

Kemudian rendamkan dengan bola kapas dalam alcohol dan gosokkan kembali ke atas dan bawah di kawasan yang telah dibersihkan tadi. Sekiranya cat itu tanggal, ianya adalah latex, sekiranya tidak, ia adalah berasaskan minyak. Mana-mana pun solusi cat nya, persediaan yang rapi adalah sangat penting.

Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan cat daripada melekat?

Cat melekat adalah masalah yang berlaku apabila dua permukaan yang baru saja dicat melekat bersama bila ditekan antara satu sama lain.

Ini sering kali terjadi di antara pintu dan frame sekiranya ditutup sebelum mengecat telah betul-betul mengering. Apabila pintu di buka, cat mungkin atau tanggal atau meninggalkan kesan.

Salah satu cara untuk mengelakkan cat melekat adalah dengan meletak paper wax di antara pintu dan tiang pintu. Wax daripada kertas ini menghasilkan penghalang di antara dua permukaan tersebut.

Jangan terus meletakkan kertas tersebut pada frame pintu, sebaliknya, tunggu sehingga pintu tersebut kering di antara satu hingga 2 jam. Kemudian letakkan kertas wax tersebut di antara dua permukaan ini sebelum menutup pintu kembali.

Cara lain yang boleh anda gunakan adalah dengan menggosokan lilin putih pada bucu-bucu pintu selepas cat mengering – ini memberikan perlindungan kepada pintu yang baru dicat daripada tiang pintu yang baru siap.

Apakah itu pencucian surfaktan?

Terma pencucian surfaktan adalah digunakan untuk menjelaskan tompok-tompok atau coretan daripada coklat melekit atau juga bahan yang tidak berwarna yang muncul pada permukaan yang baru sahaja dicat dengan cat latex.

Pencucian surfaktan adalah masalah biasa yang mungkin akan terhasil dengan mana-mana jenama cat latex. Surfaktan adalah kandungan di dalam cat yang kritikal kepada prestasi ciri-ciri cat seperti warnanya, kestabilan, aliran dan levelling.

Bahan-bahan ini selalunya akan mengewap dalam keadaan pengeringan yang baik; atau, ia akan tersimpan di dalam filem cat.

Kesimpulannya

Memilih dan membeli cat rumah terbaik bukanlah sesuatu yang mudah; pelabagai faktor perlu dititikberatkan, seperti jenama cat, antara latex dan minyak, penggunaan VOC di dalam kandungan cat dan banyak lagi faktor yang amat penting untuk di beri perhatian sebelum memilih dan membeli cat.

Panduan ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan mengecat sendiri, tetapi juga sekiranya anda ingin mengupah orang untuk rumah bagi pihak anda.

Pastinya sebelum membaca artikel ini dan lebih-lebih lagi sekiranya anda baru sahaja hendak belajar mengenai cat tertanya-tanya soalan cepu emas: bagaimana saya hendak bermula?

Oleh itu, diharapkan dengan artikel ini anda mampu untuk membeli cat terbaik rumah anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top